15 May 2025

BILA IBU ALIFF AZIZ 'LIKE' POSTING HAIRUL AZREEN, 'DULANG BOYS YB & BELLA'



"Dulang boys YB dan Bella. Penyanyi mestilah Tomok, pengacara Sharif dan Achey. Magic show saya."

Itulah tulis pelakon Hairul Azreen dimana perkongsiannya itu menjadi perhatian ramai yang teruja apabila memuat naik gambar bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah.

Dalam perkongsian itu, rakan artis lain yang turut serta iaitu pelawak Sharif Zero, Achey serta Tomok.

Bukan itu sahaja, Hairul turut menggunakan audio lagu 'Selamat Pengantin Baru' yang dipopularkan oleh penyanyi Anita Sarawak pada perkongsian berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian Hairul itu serta berselor0h mengatakan mereka tidak sabar menunggu berita baik daripada BASS (Bella Astillah dan Syed Saddiq).

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian, ibu kepada bekas suami Bella, penyanyi dan pelakon sens@si Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil dilihat memberi tanda suka (like) pada perkongsian tersebut.

Terdahulu, Bella pernah berkahwin dengan Aliff Aziz, namun pasangan itu bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: