A. Galak, pelakon hebat zaman Tan Sri P.Ramlee, akan memainkan watak, sebagai Tuan Abu Suradi dalam filem Misteri Fraser 1910.
Tuan Abu Suradi adalah karakter sebenar yang wujud dalam sejarah Bukit Fraser, merupakan orang Melayu yang memiliki lesen pajakan lombong pertama di Bukit Fraser (atau nama asalnya Pamah Lebar).
Untuk info, nama Louis James Fraser atau Mr. Fraser sememangnya cukup dikenali sebagai individu yang menjadi peneroka kepada salah satu pusat peranginan yang cukup popular iaitu Bukit Fraser atau Fraser Hill yang terletak di daerah Raub, Pahang.
Klik untuk gambar besar
Filem.ini mengisahkan Loius James Fraser yang didapati hilang secara tiba-tiba, manakala keretanya telah ditemui di pinggir jalan sebuah kawasan hutan sehingga kehilangannya itu menjadi misteri.
Nantikan filem yang diinspirasikan dari kisah benar ini di pawagam, bermula 26 Jun 2025.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment