"Saya tidur di hall (ruang tamu). Saya tidak dilayan dengan baik sebagai seorang suami. Setiap kali balik rumah dia kunci pintu biliknya kerana tidak benarkan saya masuk.
"Mana suami dalam dunia ni tahan kalau layanan isteri macam tu? Nak pergi kerja pun, saya gosok baju sendiri. Makan minum pun tak disiapkan. Tapi saya bersabar dan tak mahu ceraikan dia sebab kasihan, bukan sebab sayang.
"Akhirnya dia sendiri yang minta cerai 'fast track'. Semua berkaitan cerai, dia yang uruskan. Saya ni ustaz, takkan saya senang-senang nak ceraikan isteri."
Itulah jelas bekas suami kepada pelakon era 1990-an, Farisha Irwayu iaitu pendakwah yang juga pengasas program Imam Muda, Datuk Tuan Asmawi Umar dimana dia mendedahkan kebahagian rumah tangga mereka hanya dikecapi setahun sahaja dan dia juga tidak dilayan sebagai seorang suami.
Sebelum ini, Farisha atau nama sebenarnya Norayu Ghazali, memaklumkan bahawa dia dan suaminya sah bercerai talak satu pada Selasa lalu selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Kata Tuan Asmawi, sudah hampir enam tahun dia dan Farisha sudah berpisah bilik kerana isterinya enggan tidur bersama serta sering mengunci pintu bilik dengan alasan geli, malah segala urusan seperti makan, minum dan pakaian perlu diuruskan sendiri.
Tambahnya lagi, selama ini dia bersabar bukan kerana sayang tapi kasihan, namun akhirnya pelakon itu sendiri yang menuntut cerai secara 'fast track'.
Klik untuk gambar besar
Jelasnya, Farisha mendedahkan perkara itu di media sosial serta menuduh isteri barunya yang dinikahi lebih setahun lalu sebagai peny0ndol.
Malah, kata Tuan Asmawi, dia sudah menasihati bekas isterinya itu untuk memadam hantaran berkenaan rumah tangga mereka, namun menuduh dirinya mahukan limelight (mahukan popular) dengan kisah penceraian itu.
Maklum Tuan Asmawi, dia terpaksa mendedahkan hal sebenar agar tiada pihak sal@h faham selepas ramai bertanya-tanya mengenai penceraian mereka.
"Tak baik panggil orang peny0ndol. Kalau nak ikut, dia (bekas isteri) pun peny0ndol juga sebab masa kami berkahwin saya masih lagi ada isteri.
"Saya pun tak nak cerita a1b rumah tangga tapi sebab dia mulakan dulu dan mungkir janji saya terpaksa dedahkan hal sebenar agar orang ramai tidak salah sangka," ujarnya.
Sementara itu, Tuan Asmawi memberitahu, perasaan kec£wa terhadap isteri dipendam sudah sekian lama apabila Farisha sering mengelak untuk pulang ke kampung halamannya di Terengganu, atas alasan tidak selesa dengan persekitaran desa.
Ketika s@kit dan mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari pada April lalu, Farisha juga tidak datang menjenguk dan menjaganya.
"Saya empat kali masuk hospital, hampir nak m@ti sebab jantung tapi dia sekali pun tak datang tengok," ujarnya.
Tuan Asmawi turut memaklumkan, sepanjang perkahwinan mereka, dia tidak pernah sekalipun menj£ntik bekas isterinya itu, apatah lagi mahu meninggikan suara, malah segala nafkah wang ringgit diberikan mengikut masa tanpa gag@l.
"Setiap hujung bulan, dia dah minta duit. Semuanya saya bagi. Tapi sedihnya, dia pula pernah panggil saya 'bangs@t'. Saya ada simpan voice note dia tu.
"Saya anggap tujuan dia berkahwin dengan saya kerana perlukan nafkah bulanan untuk membayar bil-bil utiliti dan barang keperluan harian," katanya.
Tuturnya lagi, dia mengesyaki Farisha sudah lama menyimpan hasrat untuk berpisah kerana bekas isterinya itu tidak berkongsi foto mereka berdua termasuk 'unfollow' (tidak mengikuti) dia di media sosial.
Pada masa sama, Tuan Asmawi turut berpesan agar Farisha tidak melakukan perkara serupa jika dia kembali bertemu jodoh lain.
"Saya nak pesan, kalau dia kahwin lain, jangan buat pada laki dia macam dia buat dekat saya. Dia tahulah tu apa dia buat," tegurnya.
Untuk makluman, Farisha pernah gag@l dalam perkahwinan beberapa kali sebelum berkahwin dengan Asmawi pada 2017.
Asmawi juga merupakan seorang pelakon dan antara karya lakonannya ialah 'Keringat Ayah', 'Lorong Hidup', 'Malam 7 Likur' dan banyak lagi.
Suaranya juga sering digunakan sebagai suara latar program tertentu termasuklah bacaan doa selepas azan di RTM serta pengumuman keselamatan dalam pesawat Qatar Airways.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment