26 May 2025

DIPERS0AL HAMIL JARAK DEKAT - ISTERI FIZO OMAR LUAH K£SAL



"Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga ke, suami tak kisah kesihatan ment@l ke? Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain j@tuh."
Itulah ujar isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera dimana meluahkan rasa kec£wa dengan segelintir netizen yang mempers0alkan dirinya sering hamil jarak dekat.

Fazeera menerusi satu perkongsian di media sosial itu tampil menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempers0alkan adakah dia tidak letih apabila hamil lagi.

Sementara itu, Fazeera yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak rasa letih sebaliknya bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat.

"Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat," katanya yang sebelum ini menganggap dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.

Pada Mac lalu, Fazeera memaklumkan, dia dan Fizo Omar yang berkahwin pada 21 Oktober 2021 itu bakal menimang cahaya mata ketiga.

Pasangan itu sebelum ini telah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira.

Selain itu, Fizo turut mempunyai seorang lagi anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: