26 May 2025

SUAMI KENA KUTVK - SITI ELIZAD RASA TERGUR1S, AKUI BAHAGIA TANPA KEMEWAHAN : "TERLIHAT BIASA DI MATA AWAK, TAPI DIA SANGAT LUAR BIASA UNTUK SAYA"



"Berhenti cakap burvk tentang suami saya! Terlihat biasa di mata awak (netizen). Tapi dia sangat luar biasa untuk saya. Kami akan cipta memori bersama dan menunggang motosikal bersama-sama selamanya."

Demikian luah pelakon Siti Elizad, 41, menerusi hantaran di media sosial, dimana perasaan dia sebagai isteri terluka apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman kena kutvk gag@l memberi kemewahan kepadanya.

Berhubung itu, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, berkata, apa dilakukan suaminya itu sudah cukup istimewa di matanya dan orang luar tidak patut menghakimi rumah tangga mereka.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Elizad berasa bersyukur dengan setiap pemberian suaminya kerana dia tidak perlukan kemewahan untuk rasa bahagia.

Tambahnya lagi, kehidupan seseorang manusia itu bukanlah untuk dibanding-bandingkan, sebaliknya perjalanan bersama pasangan.
"Apa suami sediakan, saya sudah cukup bahagia. Teratak kecil kami, makan dekat hentian rehat, tidur di hotel RM80. Pergi konvoi motosikal, naik tongkang bersama itu pun sudah buat saya bersyukur.

"Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukanlah suatu pertandingan tapi perjalanan. Perjalanan yang indah setiap masa bersama suami tercinta," tuturnya.

Untuk makluman, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul pada Januari 2015.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: