28 May 2025

"DIRI SENDIRI PUN TAK TERJAGA, APATAH LAGI MAHU JAGA ORANG LAIN" - FAUZIAH LATIFF BELUM SEDIA BUKA PINTU KAHWIN LAGI, MAHU FOKUS CARI KETENANGAN



"Saya selesa dengan keadaan sekarang. Kalau nak fikir tentang perkahwinan, diri sendiri pun tak terjaga. Apatah lagi mahu menjaga orang lain.
"Sekarang ini saya gembira menjaga ibu. Itu tanggungjawab kerana dia adalah nyawa saya. Kalau nak fikir soal jodoh, nanti dahulu. Ibu adalah segalanya buat saya."

Demikian jelas penyanyi Fauziah Latiff, dimana dia belum bersedia membuka pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas 18 tahun hidup menjanda.

Fauziah atau nama sebenarnya, Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 55, berkata, keutamaannya kini adalah mahu menjaga ibu yang semakin lanjut usia, selain fokus untuk diri sendiri.

Dalam pada itu, ujar Fauziah lagi, dia lebih senang untuk mencari ketenangan dengan melakukan perkara-perkara p0sitif, selain juga masih berusaha untuk terus memperbaiki diri dalam men£mpuh pelbagai dug@an dunia.

"Saya percaya masih banyak perlu perbaiki termasuk mengenali diri dan persekitaraan. Sekarang pun sudah akhir zaman, jadi lebih baik saya dekatkan diri dengan perkara p0sitif.

"Saya memilih apa sahaja yang boleh beri ketenangan," ujarnya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai tiga tahun kemudian.

Kemudian, Fauziah berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London pada 1997, sebelum bercerai pada 2007.

Hasil perkahwinan kedua itu, dia dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Jeffri Joaquim, 26, dan Jeremy Jay, 24 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: