"Perjalanan mereka (Amar Baharin dan Qobin) bukanlah senang untuk dapat hotel atau makanan. Mereka berehat antara sehari hingga dua hari selepas kayuhan dalam jarak tertentu, kemudian sambung semula.
"Mereka tidak terlalu terg£sa-g£sa sebab kalau hendak kejar masuk Makkah atau Madinah dalam waktu sekarang, orang sudah terlalu ramai. Mereka hanya kayuh 'slow and steady' sahaja."
Itulah kata pelakon Amyra Rosli, yang berkongsi perkembangan terkini, dimana buat masa ini, perjalanan suaminya, pelakon Amar Baharin dan Qobin tidak diteruskan setiap hari, sebaliknya mereka perlu berehat dalam tempoh tertentu berikutan cuaca panas sehingga 51 darjah selsius yang perlu dihadapi.
Difahamkan, Amar dan Qobin atau nama sebenarnya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang sedang dalam kembara berbasikal ke Tanah Suci Makkah, kini berada di lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari Madinah.
Amar dan Qobin yang sudah memasuki wilayah Al Qasim di Arab Saudi, kelmarin, sedang berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Nabawi yang mengambil masa lebih empat jam.
Selain itu, Amyra dalam masa sama turut berkongsi, misi kayuhan Amar dan Qobin di bawah program 'Journey To Tanah Har@m', dijangka ditamatkan di Madinah.
Tutur Amyra lagi, keputusan itu dibuat berikutan jemaah Haji sudah mula berada di Makkah, namun, perancangan lain akan dimaklumkan kelak.
"Mereka dijangka akhiri kayuhan ini di Madinah sahaja sebab sekarang ini musim Haji, jadi tidak boleh masuk.
"Perancangan asal memang mahu ke Makkah. Tetapi saya tidak boleh hendak cakap banyak. Mereka pun apabila saya tanya, akan jawab Insya-Allah," jelasnya.
Tambahnya lagi, Amar dan Qobin sering mendapat bantuan berupa makanan dam tempat tinggal daripada penduduk setempat.
"Amar maklumkan sudah okay dan mula terbiasa dengan cuaca panas di sana. Apa yang buat saya seronok dengar apabila mereka didatangi orang baik hati untuk hulurkan bantuan seperti beri makan dan minum.
"Selain itu, ada juga orang beri mereka menginap di hotel secara percuma termasuk tumpangkan rumah. Jadi, momen sebegitu yang buatkan saya fikir macam dahsy@t juga pengembaraan mereka ini.
"Malah, orang di sana juga sangat mengalu-alukan mereka. Dari segi cab@ran, mungkin cuaca panas sahaja, tapi semangat mereka berdua sangat cekal untuk selesaikan misi ini," ujarnya.
Disamping itu, Amyra meluahkan rasa syukur apabila segala-galanya dipermudahkan buat suaminya dan Qobin, selain berasa lega kerana masih mendapat perkembangan daripada Amar setiap hari.
"Mereka sudah keluar untuk misi ini kalau tak sil@p sudah sebulan lebih. Jadi, apabila berjauhan ini, saya tak ada rasa macam apa yang saya fikirkan sebelum ini seperti murvng atau sedih.
"Alhamdulillah saya tahu keadaannya hari-hari dan perkembangan yang dia maklumkan sebab itu paling penting bagi saya. Saya pun tengok dia seronok dan bila cakap boleh biasakan diri dengan cuaca panas saya lega.
"Apabila mereka tidak mengal@h saya nampak mereka ini sangat hebat," katanya yang turut memaklumkan Amar dan Qobin akan pulang ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang.
Sebelum ini, Amar dan Qobin yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, memulakan kayuhan dari Perlis lalu merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran, sebelum tiba di Arab Saudi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment