27 May 2025

OLIE HEAVY MACHINE TERIMA KUNJUNGAN ZIARAH YKAT



Pemuzik veteran kumpulan Heavy Machine, Olie, yang dirawat di Sunway Medical Center, di sini, telah menerima kunjungan ziarah daripada Yayasan Kebajikan Artis Tanah air (YKAT) yang diwakili Datuk Nash selaku Ahli Pemegang Amanah, bersama Pengurus YKAT, Salmiyah hari ini.
Difahamkan, Olie atau nama sebenarnya, Rusli Musif, yang merupakan pemain saksofon, kini terlantar di pusat perubatan terbabit akib@t s£rangan angin ahmar (str0k) sejak 10 Mei lalu.

Sementara itu, menerusi kenyataan dikeluarkan YKAT, Olie sudah terkena s£rangan str0k sebanyak tiga kali dalam jangka masa seminggu yang menyebabkan ker0sakan pada bahagian kiri, kanan, belakang dan sudah memasuki sebahagian daripada bahagian tengah 0tak.

"Olie, 72, dijaga dengan penuh kasih sayang oleh isteri dan anak-anak beliau. Semasa kunjungan ini, anak-anaknya, Syira dan Kenanga turut berada di sisi.

"Mereka berkata, walaupun ayah tercinta tidak lagi mampu bertutur dan juga sudah kehilangan memori, namun dia masih mengenali mereka dan menunjukkan reaksi antaranya menggerakkan jari seolah-olah sedang meniup saksofon, seakan mengimbau zaman kegemilangannya sebagai pemuzik.

"Trag£di men1mpa Olie secara tiba-tiba ketika sedang menikmati makanan dalam perjalanan untuk menyaksikan persembahan anaknya, Kenanga, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)," katanya.

Olie kemudiannya segera dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Walaupun situasi ini satu k£jutan besar buat keluarga, mereka tetap tabah dan sentiasa mendoakan agar segala urusan dipermudahkan serta ayah mereka kembali pulih seperti sedia kala," jelas kenyataan itu lagi.

Disamping itu, Nash turut menyampaikan sumbangan bagi pihak YKAT kepada keluarga Olie sebagai tanda keprihatinan mereka.

"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Olie segera sembuh dan kembali sihat seperti dahulu," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: