Nampaknya nama trio adik-beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry bukan sahaja popular di tanah air, malah turut menarik perhatian peminat dari negara seberang, Filipina.
Menerusi muat naik di media sosial, seorang peminat dikenali sebagai 'thefangirlmom' telah berkongsi momen indah apabila hadir menyaksikan Konsert GenKRU anjuran Icon Entertainment.
Dalam hantaran tersebut yang mendapat 18,800 tanda suka dari pengguna media sosial, wanita itu berkongsi video keseronokan menyaksikan persembahan terbabit secara live pada malam kedua konsert di Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Mei lalu.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, meninjau ke ruangan komen pula, ada yang melahirkan perasaan terkejut dan kagum kerana KRU mempunyai peminat di luar negara.
Untuk info, KRU pernah menghasilkan album Inggeris dan berjaya mencipta nama diluar negara menerusi lagu berjudul 'The Way We Jam' yang popular terutamanya di Australia, malah lagu-lagu dari album itu sering dimainkan di MTV dan Chanel V.
Disamping itu, sambutan hebat terhadap Konsert genKRU menyaksikan Icon Entertainment menambah lagi persembahan untuk hari keempat pada malam esok.
Selepas menampilkan artis jemputan seperti Adam serta kumpulan Elite, KRU dijangka mengundang satu lagi kumpulan wanita legenda tanah air, Feminin.
Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, permintaan luar biasa peminat KRU meminta penganjur mengadakan konsert hari keempat satu pencapaian sangat membanggakan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment