11 May 2025

YAKIN CIK B MAMPU BERUBAH & MEMILIKI SIKAP KEWANITAAN - DATUK VIDA BERHASRAT LIHAT ANAK PEREMPUANNYA ITU BERUMAH TANGGA, SEKALI TIMANG CUCU



"Insya-Allah satu hari nanti Cik B akan jadi seorang anak bersikap 'gegirl' (perempuan), siapa kutvk Cik B tomboi satu hari nanti anda akan lihat sendiri.

"Saya tidak akan berdiam diri, sebagai seorang ibu saya ingin melihat kejayaan, kecantikan dan kekayaan serta ingin lihat Cik B berumah tangga.

"Saya nak lihat sangat Cik B ada anak, hari ibu kepada saya adalah Allah anugerahkan putera dan puteri (anak) di dunia dan di akhirat."

Demikian kata usahawan sens@si, Datuk Seri Vida sempena sambutan hari ibu, dimana dia menyimpan hasrat untuk melihat anak perempuan iaitu Cik B mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Dalam pada itu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 54, berkata, dia yakin Cik B mampu berubah dan memiliki sikap kewanitaan, meskipun anak perempuannya itu sering menerima jolokan sebagai 'tomboi'.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya pada Sabtu, Vida turut menzahirkan rasa syukur kerana dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyeri dalam kehidupannya.

Tambah Vida lagi, meskipun anak-anaknya itu mempunyai kekurangan tersendiri, namun dia tidak pernah k£sal dengan kelahiran anak-anaknya.

"Kalau anda (netizen) tengok saya terlalu manjakan Cik B, sebenarnya saya tak tahu nak ekspresikan macam mana saya rasa bertuah Allah anugerahkan zuriat kepada saya.

"Bila saya fikir balik, Cik B cakap mama lahirkan Cik B lahirkan macam ini, mama rasa sedih tak?
"Eh taklah, cukup sifat pun Alhamdulillah. Cik B hebat! Mungkin sebab faktor pemakanan, hormon, hidup selesa semua saya sediakan untuk Cik B, jadi Cik B chubby (berisi)," ujarnya.

Untuk makluman, Vida pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, merupakan anak hasil daripada perkahwinan pertama Vida bersama Muhammad Amin Yasin.

Selain Cik B, Vida turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki termasuk Eric Zaquan dan Kacak.

Bagaimanapun, anak pertama dan kedua Vida meninggal dunia dalam kejadian kebak@ran rumah pada 3 Ogos 2013.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: