10 May 2025

'STRUGGL£' CARI DUIT - ALIFF SYUKRI AKUI PERLU KERJA KERAS : "SAYA LEBIH RELA MEMILIKI RUMAH YANG LEBIH KECIL... TAPI INI RUMAH YANG SAYA DAH BINA, JADI SAYA REDA"



Usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dirinya kini 'struggl£' nak cari duit dan disebabkan itu, dia perlu bekerja keras untuk cari pendapatan bagi membayar komitmen bulanannya yang sangat tinggi.
Kata Aliff, bagi menampung pelbagai komitmen tetap untuk kediaman mewahnya yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, dia perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan.

Jelasnya lagi, jumlah itu merangkumi bil elektrik, kos penyelengg@raan kolam renang, serta pembayaran gaji kepada 12 pekerja yang terdiri daripada pembantu rumah, pembantu peribadi dan pengawal keselamatan.

Ia juga termasuk kos penyelengg@raan empat lot banglo yang menjadi tempat tinggal keluarganya.

"Dulu saya fikir ada rumah agam boleh menunjuk, tapi selepas memilikinya saya baru sedar komitmen bulanan yang perlu dibayar. Saya tiada niat nak menunjuk tapi saya sekadar menjawab pertanyaan anda (media).

"Saiz rumah saya ini 28,000 kaki persegi dan mempunyai 28 bilik. Tapi hampir 70 peratus daripada bilik-bilik ini tidak digunakan. Bukan sebab tak nak guna, tapi saya tak mahu menambah kos.

"Masa nak bina rumah ini dulu, saya tak pernah terfikir mas@lah-mas@lah yang bakal berlaku seperti tandas b0cor, mozek p£cah dan pelbagai kos lain. Nak mengecat rumah ini sahaja mencecah RM300,000.

"Sebab itu saya 'struggl£' nak cari duit. Jujur saya cakap, komitmen bulanan saya sangat tinggi dan ia menyebabkan saya perlu bekerja keras untuk cari pendapatan. Kalau diberi pilihan, saya lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil.

"Tapi ini rumah yang saya dah bina, jadi saya reda," ujar Aliff yang turut berkongsi, sejak mendiami rumah itu hampir lapan tahun, dia sudah membelanjakan sekitar RM3 juta untuk baik pulih rumah.

"Setakat ini saya sudah belanjakan lebih RM3 juta hanya untuk kerja-kerja membaiki rumah, termasuk lampu, sistem paip, ker0sakan air, tandas dan mozek.

"Setiap bulan, saya juga perlu peruntukkan antara RM300,000 hingga RM500,000 semata-mata untuk penyelengg@raan dan pembaikan ker0sakan rumah.

"Sebab itu saya nak nasihatkan anak-anak muda, kalau nak beli rumah, jangan fikir harga beli sahaja, tapi fikir juga kos penyelengg@raannya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: