"Bila sampai waktu, saya akan war-warkan perkahwinan saya. Saya percaya dengan takdir Allah tentang benda itu, perancangan Allah semua baik-baik sahaja.
"Saya belum lagi mendirikan rumah tangga sebenarnya. Saya ini jenis yang bila orang tanya, saya akan jujur. Ada sahaja yang sampai ke telinga (mengatakan sudah berkahwin), tetapi saya respon secara santai sahaja.
"Saya tak terfikir pun untuk sorokkan perkahwinan kerana menjaga karier saya sebagai penyanyi."
Itulah kata penyanyi Shiha Zikir dimana dia masih lagi menunggu masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih iaitu Kamarul Arifin Baharun, selepas 15 tahun bercinta.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 38, dalam masa sama juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia sebenarnya sudahpun berkahwin bersama lelaki berkenaan secara senyap-senyap.
Sebelum ini, kekasih Shiha iaitu Kamarul pernah berjanji untuk mengahwini penyanyi tersebut pada penghujung 2024.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment