03 June 2025

ANAK SULUNG, AYDEN BERJAYA TAMATKAN ACARA RENANG 400 METER DI LAUT SELEPAS SEMINGGU BERLATIH - BELLA ASTILLAH MENANGIS TERHARU, BANGGA



"Pertandingan renang 400 meter anak lelaki saya dengan hanya latihan selama seminggu, memang saya sangat t@kut sampai tak keluar suara. Saya tidak tahu sama ada dia boleh melakukannya tetapi akhirnya dia berjaya. Dia berenang dengan sepenuh hati dan berjaya sampai ke garisan penamat."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menerusi sebuah hantaran di media sosial, dimana menangis terharu apabila anak sulungnya iaitu Ayden Adrean berjaya menamatkan acara renang 400 meter di Langkawi Swim Fest yang berlangsung di Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah pada Isnin.

Dalam perkongsian itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, memberitahu, dia tidak menyangka Ayden dapat melakukan cab@ran itu, meskipun hanya membuat latihan dalam masa singkat dimana ia mengambil seminggu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Bella tidak menafikan timbul rasa bimb@ng memikirkan keselamatan Ayden, memandangkan dia sendiri mempunyai tr@uma dengan aktiviti air, namun dia bangga melihat kejayaan anak lelaki itu yang disifatkan mempunyai keberanian dan sikap daya saing tinggi.

"Sebagai seorang yang tidak boleh berenang sebab tr@uma, melihat anak saya berenang di laut rasanya seperti nak terc@but jantung ini (ris@u). Tetapi Ayden sangat berani, kuat dan bersungguh-sungguh sehingga dia mampu menyelesaikannya.

"Saya menangis dan kami sekeluarga menangis kerana dia berjaya melakukannya, anak saya seorang yang kuat," ujarnya yang dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5, hasil perkahwinan dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016, sebelum berpisah pada 13 Jun tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: