02 June 2025

ENGGAN TIMBUL SEBARANG FITN4H - NINE PHYNE BALLERZ DEDAH DIA KINI BERSTATUS DUDA, SUDAH BERCERAI DENGAN KEDUA-DUA ISTERI



"Betul memang saya seorang duda, sebenarnya saya bercerai dua kali. Tahun 2017 bercerai dengan isteri pertama manakala isteri kedua pada 2022.

"Saya tak dedahkan status sebab saya tak mahu cerita perceraian saya menjadi bualan orang di media sosial. Tapi bila banyak andaian tak betul lebih baik saya beritahu agar tak timbul sebarang fitn@h."

Itulah jelas bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz iaitu Nine dimana dia mendedahkan dirinya kini berstatus duda selepas bercerai dengan kedua-dua isterinya.

Dalam pada itu, Nine atau nama sebenarnya, Mior Zulkarnain yang berpoligami itu enggan membuka a1b mana-mana pihak, apatah lagi hubungan dengan kedua-dua bekas isterinya dalam keadaan baik.

Katanya lagi, apa yang berlaku dalam rumah tangganya biarlah menjadi rahsia dan enggan mengungk1t kisah lama.

Klik untuk gambar besar

Nine sebaliknya mengakui terhut@ng budi dan berterima kasih kepada dua bekas isterinya yang membantunya ketika dalam kesus@han dan sanggup berk0rban demi membesarkan anak-anak mereka.

"Cukuplah sekadar saya beritahu yang kami berpisah secara baik dan tiada apa-apa isu berbangkit. Kedua-dua bekas isteri pun tiada mas@lah sesama mereka sehingga ke hari ini.

"Malah saya terhut@ng budi sebab mereka banyak membantu ketika saya dalam kesus@han untuk memberi nafkah kepada anak-anak.

"Tapi keutamaan kami semua sama iaitu mahu berikan terbaik buat anak-anak walaupun ibu bapa mereka ini sudah tidak bersama," ujarnya.
Untuk makluman, Nine berkahwin dengan isteri pertama pada tahun 2008 sebelum bercerai pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mior Emir Aziz, 16, dan Mior Emir Elyyas, 13 tahun.

Nine juga sempat berpoligami sebelum bercerai apabila mendirikan rumah tangga dengan isteri kedua pada 2016 sebelum berpisah tiga tahun lalu.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mior Zayyad Zhafran yang kini berusia 7 tahun.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: