02 June 2025

NORMAN ABDUL HALIM : "SAYA SEDIKIT PUN TAK PERNAH RASA C£MBURU DENGAN YUSRY... KALAU EDRY PUN MACAM YUSRY PUNYA RAMAI PEMINAT..."



"Dalam KRU, Yusry paling ramai peminat di kalangan wanita yang 'crush' pada dia. Manakala saya dan Edry, biasa saja. Kami ada peminat, tapi tidaklah seramai Yusry.
"Tapi, saya sedikit pun tak pernah rasa c£mburu dengan Yusry sebab dia paling ramai peminat sampai sekarang. Kalau Edry pun macam Yusry punya ramai peminat, saya tetap okay sebab kami, KRU.

"Bagi saya, sebagai abang tiada sebab nak c£mburu pada adik-beradik. Lagi pula, dalam KRU memang Yusry adalah penyanyi utama kami dan vokal dia (Yusry) bila nyanyi pun sedap."

Demikian jelas anggota kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, 53, dimana dia tidak pernah c£mburu terhadap adiknya, Datuk Yusry yang lebih popular berbanding dirinya dan juga Edry.

Ujar Norman, memang Yusry yang mempunyai ramai peminat antara mereka bertiga, terutama di kalangan wanita sejak dari dulu sampai sekarang.

Dalam pada itu, Norman berkata, posisi dia dalam KRU adalah sebagai 'rapper' dan baginya kedudukan itu sudah terbaik, sekali gus melengkapkan KRU sebagai trio.

"Dalam KRU, saya bukan penyanyi tapi 'rapper' dan memang saya suka pun. Sebab nak 'rap' dalam lagu-lagu KRU itu sangat kena dengan jiwa saya.

"Apapun, saya sangat berterima kasih kepada semua peminat KRU kerana masih setia menyokong kami dalam tempoh 33 tahun ini sejak KRU ditubuhkan pada 1990-an dulu," katanya.

Pada awal Mei lalu, KRU mel£dak popular selepas kejayaan Konsert GenKRU di Axiata Arena Bukit Jalil yang mendapat sambutan hangat penonton dan juga peminat setia mereka.

Pada konsert tersebut, KRU turut menerima pengiktirafan berprestij daripada Malaysia Book of Record (MBR) di atas kejayaan hebat dicapai bagi penganjuran konsert selama empat malam berturut-turut.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: