30 June 2025

AJAR AGAMA DALAM PENJ4RA - PU AZMAN SUDAH HAFAZ 4 JUZUK AL-QURAN



"Untuk pengetahuan semua, beliau berada dalam jagaan yang baik dan setiap hari beliau mengajar b@nduan di dalam penj@ra dan ada kalanya berkongsi ilmu dengan pegawai penj@ra. Beliau mohon didoakan dan dimaklumkan kini telah menghafaz empat juzuk al-Quran."

Demikian jelas peguamnya Mohamad Zahid Ahmad, dimana beliau memaklumkan, penceramah selebriti yang juga pelakon, PU Azman kini menjalani rutin harian dengan mengajar agama kepada b@nduan lain, ketika sedang menjalani hukvman di Penj@ra Kajang.

Berkongsi perkara itu dalam satu hantaran di media sosial dengan keizinan anak guamnya, Mohamad Zahid turut berkata, penceramah berusia 44 tahun itu berada dalam keadaan baik dan sudah menghafal empat juzuk Al-Quran sepanjang berada dalam penj@ra.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, PU Azman juga ada meminta untuk membawakan buku baru setiap kali mereka bertemu, selain memberitahu, kehidupan di penj@ra bukan sesuatu yang mudah.

"Hanya beliau sahaja yang tahu apa yang beliau rasa. Namun setiap orang ada jalan dan ceritanya sendiri. Saya yakin apa yang terjadi kepada sahabat saya adalah ujian terbaik di sisi Allah," tuturnya.

Terdahulu, hukvman penj@ra yang dikenakan terhadap PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun berbanding 24 tahun atas dua pertuduhan k£s am@ng seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: