30 June 2025

ISU DUIT HASIL JUALAN KERETA 'DISONGLAP' - PU RIZ LUAH RASA SYUKUR K£S SAM4N BERJAYA DISELESAIKAN, SYARIKAT DIARAH BAYAR RM60,000



"Pihak syarikat bersetuju membeli kereta saya dengan nilai harga pasaran sebanyak RM180,000. Selepas tolak baki bayaran bank sebanyak RM100,000, pihak syarikat sepatutnya menyerahkan RM80,000 kepada saya.

"Mal@ngnya duit itu dilarikan oleh pekerja syarikat itu walaupun resit pembayaran baki kereta itu sudah diberikan. Jadi saya n£kad memfailkan k£s ini di mahkamah dan Alhamdulillah k£s ini berjaya diselesaikan secara baik."

Itulah kata Pencetus Ummah (PU) Riz dimana dia meluahkan rasa syukur selepas k£s sam@n yang difailkan terhadap sebuah syarikat berhubung penjualan kereta Toyota Vellfire miliknya berjaya diselesaikan.

K£s berkenaan diselesaikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis lalu selepas sal@h seorang kakitangan syarikat terbabit didakwa melarikan hasil jualan kenderaan berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Mengulas k£s terbabit, Riz atau nama sebenarnya, Harris Ismail, 30, berkata, kejadian tersebut berlaku pada 2016 apabila dia menjual kereta tersebut pada harga RM180,000 kepada sebuah syarikat jual beli kereta, namun baki hasil jualan sebanyak RM80,000 dilarikan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Jelasnya lagi, syarikat itu bersetuju dengan cadangan untuk membuat pembayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 selepas melalui proses perbincangan.

"Pihak syarikat selaku defendan bersetuju untuk membuat pembayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan. Mahkamah kemudian mendengar dan bersetuju untuk pihak defendan bayar semula duit yang dilarikan wakil syarikat itu," tuturnya.
Riz dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam proses jual beli supaya tidak mudah dit1pu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya harap apa yang berlaku kepada saya ini menjadi pengajaran kepada semua. Pastikan anda berurusan dengan pihak yang betul dan menyemak segala dokumen yang diberikan sebelum tanda tangan.

"Sekarang ini k£s pen1puan semakin berleluasa, jadi kita perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan pihak tidak dikenali.

"Pastikan periksa dulu latar belakang individu atau syarikat yang anda ingin berurusan," ujar Riz yang diwakili peguam Wan Amir Akram Zainal Abdin dan Elly Jasmin Aminuddin dari firma guaman, Tetuan Amir & Elly Associates.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: