Semua sedia maklum mengenai kem£lut yang membabitkan komposer Man Senoi dan isterinya, Mama Rap dengan kumpulan 4U2C.
Berhubung itu, timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid menawarkan diri sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kem£lut terbabit.
Kata Ayob, keputusan ini diambil kerana dia antara individu yang pernah bersama 4U2C beberapa ketika dulu.
"Saya pernah terbabit secara langsung bersama beberapa anggota asal kumpulan 4U2C, termasuk Datuk AC Mizal sekitar awal 2000, dengan rendah hati menawarkan diri sebagai orang tengah bagi membantu menyelesaikan isu hak cipta lagu-lagu ciptaan Man Senoi yang kini hangat diperkatakan.
"Memandangkan Man Senoi adalah Penasihat Komuniti IRAMA, saya percaya perbincangan secara harmoni dan beretika antara semua pihak masih boleh dicapai demi kepentingan industri muzik negara.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ayob meletakkan hasrat agar konsert 4U2C yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan itu dapat diteruskan seperti dirancang, tanpa menj£jaskan hak mana-mana pihak.
"Kita perlu bersikap terbuka menjana ekonomi sambil menghormati sumbangan besar para penggiat seni era 90-an kepada industri muzik Malaysia.
"Saya mengharapkan semua pihak dapat bertindak matang dan profesional demi kemajuan muzik tanah air," tuturnya yang pernah menguruskan kumpulan rap, Nico.
Terdahulu, isu ini terc£tus apabila Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri, 72, dan isterinya, Ramziah Mohamed Noor, 62, atau Mama Rap mempertik@ikan tindakan 4U2C yang mahu mengadakan konsert WE 4U2C Live in Concert kerana mempunyai hak terhadap 25 lagu nyanyian kumpulan terbabit.
Mereka turut mendakwa tidak dihubungi oleh mana-mana pihak termasuk penganjur konsert iaitu Juss Event untuk meminta kebenaran untuk isu hak cipta lagu berkaitan dengan 'sound audio' atau bahan rakaman yang menjadi hak milik Zman Productions.
Ujar Man Senoi lagi, dia juga tidak teragak-agak untuk menyam@n penganjur sekiranya meneruskan konsert tanpa persetujuan hitam putih dengan mereka.
4U2C adalah artis rakaman Zman Productions milik Man Senoi dan isterinya, bagaimanapun hubungan ini terlerai selepas album kedua 4U2C yang membawa ke mahkamah dan kemenangan berpihak kepada Zman Productions.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment