Takziah diucapkan kepada ahli keluarga penyanyi dangdut era 1980-an iaitu Zaleha Hamid, 65, atas pemergiannya yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, jam 8.30 malam tadi.
Berita sedih itu disahkan suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, dimana dia berkata, Allahyarham sudah seminggu berada di hospital akib@t jangk1tan kum@n pada paru-paru.
"Arwah sudah seminggu dimasukkan ke hospital. Awal pagi, keadaan arwah masih okay, tetapi mula mengalami s£sak nafas sebelah petang.
"Keadaannya mula naz@k dan arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini. Saya sempat mengajar arwah mengucap," jelasnya.
Bagaimanapun, Ungku Sulaiman belum dapat memastikan di mana jenazah isterinya akan dikebumikan dan ketika ini, jenazah masih dalam proses urusan di unit for£nsik hospital berkenaan.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, kesihatan Allahyarham yang dis£rang angin ahmar sehingga k0ma pada 2019, kembali terj£jas berikutan kandungan kalsium berlebihan dalam 0tak sehingga mengalami kek£jangan, baru-baru ini.
Pada 6 Jun lalu, Ungku Sulaiman memberitahu, arwah isterinya dimasukkan ke HSA selama enam hari dan ia mendapat perhatian penyanyi Royce Sa'ayan yang turut berkongsi berita sedih itu di media sosial.
"Allahummagfirlahum warhamhum Innalillahi wainnalillhi rajiun. Khabar berita artis veteran wanita telah kembali ke Rahmatullah.
"Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas Rohnya Zaleha Hamid dan ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman Aamin Ya Rabbal Alamin," tulisnya.
Sebelum ini, media melaporkan Zaleha terlantar sejak 2020 akib@t angin ahmar selepas terj@tuh di bilik air rumahnya.
Kejadian dikatakan berlaku selepas dia pulang dari Kuala Lumpur bagi menghadiri siaran langsung program pentas akhir Gegar Vaganza (GV) musim keenam pada 22 Disember 2020.
Zaleha adalah penyanyi dan penghibur yang terkenal di Malaysia dan Singapura, selain antara perintis awal kepada irama muzik dangdut di Malaysia. Beliau turut digelar Ratu Dangdut Malaysia dan Ratu Dangdut Singapura.
Zaleha mula berkecimpung dalam dunia seni sejak berusia 5 tahun bersama bapanya, Abdul Hamid Tambi Kecik menjayakan persembahan Panggung Bangsawan yang terlibat dengan persembahan muzik sekitar 60-an.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment