20 June 2025

"TIADA ISTILLAH KAMI KAHWIN TERPAKSA..." - FIKRY IBRAHIM JELAS ISTERINYA KE MAHKAMAH UNTUK TARIK BALIK K£S CERAI, T£GAS BUKAN G1MIK



"Isteri saya datang ke mahkamah pagi tadi (19 Jun) untuk menarik semula k£s. Mahkamah minta tangguh ke satu tarikh kerana tidak mahu seperti mempermainkan mahkamah.

"Sebagai suami, saya sudah berjanji dan mengambil tanggungjawab untuk menjaga isteri dengan baik dan saya akan mempertahankan keluarga selagi mampu."

Itulah kata pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim dimana dia tampil menjelaskan bahawa hubungannya dan isteri, Siti Khalizah Aliha berada dalam keadaan baik.

Fikry menerusi siaran langsung di Melodi semalam, berkata, isterinya hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi (semalam) untuk menarik semula tuntutan cerai yang difailkan.

Klik untuk gambar besar

Berhubung dakwaan netizen apabila diungkit kembali raut wajahnya seperti tidak gembira ketika di hari pernikahan, Fikry menafikan dan mengatakana, dia dan isteri saling mencintai.

"Saya menidakkan, kami berdua saling mencintai antara satu sama lain. Tiada istillah kami kahwin terpaksa, kami kahwin atas dasar cinta yang ikhlas.

"Lepastu saya juga ada baca yang isteri saya tak gembira kerana duduk dengan mak saya. Macam dia pula yang duduk dengan mak saya. Isteri saya ikut saya ke mana sahaja saya pergi. Kadang-kadang dia ikut saya pergi Kuala Lumpur," ujarnya.
Dalam pada itu, ketika mengendalikan rancangan Melodi pada malam Khamis, Fikry terus melangkah pergi meninggalkan studio sebaik sahaja selesai mengacara.

Ketika ditemui media, Fikry sekadar menyapa sambil memohon maaf kerana enggan mengulas lanjut mengenai kem£lut rumah tangganya.

"Maaf semua. Terima kasih datang. Saya dah beritahu semua dalam Melodi tadi," katanya yang turut memberitahu, apa yang berlaku bukan satu g1mik.
Bukan itu sahaja, Fikry secara berselor0h juga melont@rkan kata 'surprise' apabila diminta mengulas isu rumah tangganya.

Disamping itu, Fikry turut memberitahu, isterinya turut hadir menemani ke studio berkenaan, namun menunggu di dalam kereta.

"Iya (datang dengan isteri). Tak mungkin g1mik," ujarnya yang kemudian dilihat mundar-mandir sambil menjawab panggilan telefon sebelum masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi.
Sebelum ini, isu rumah tangga Fikry dan Khalizah menjadi bualan ramai apabila isterinya itu hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis, bagi sebutan pertama permohonan cerai yang dibuat pada Mei lalu.

Permohonan cerai berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan kedua k£s pasangan itu pada 10 September depan.

Untuk makluman, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: