19 June 2025

TERBUKA UNTUK RUJUK - EDIKA YUSOF AKUI TIDAK PERNAH BERHENTI DOA : "JIKA ADA JODOH ANTARA KAMI, SAYA TERIMA... SEGALANYA DI TANGAN ALLAH"



"Rasa sayang memang ada, sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan em0si.

"Jika ada jodoh antara kami, saya terima. Segalanya di tangan Allah. Namun jika sebaliknya, tidak sal@h untuk kami terus berkawan. Saya hanya mampu berusaha dan tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan."

Demikian ujar pelakon Edika Yusof, 58, dimana dia tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.

Akui Edika, masih wujud rasa sayang dan berhubung itu, dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk memperbaiki hubungan rumah tangga mereka.

Klik untuk gambar besar

Edika mengulas perkara tersebut selepas dia dan Hidayah dilihat meluangkan masa makan malam bersama sempena meraikan sambutan Hari Bapa baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon ini berkata, dia dan bekas isterinya juga bersetuju untuk tidak menjadikan perceraian sebagai alasan saling bermusvhan.

Ini kerana baginya, hubungan yang terbina selama 21 tahun dalam perkahwinan sudah cukup membuktikan keserasian antara mereka berdua.

"Sebelum berpisah pun kami sudah ingatkan diri untuk terus berkawan walau apa terjadi. Kami sudah lebih 20 tahun bersama, jadi kenapa perlu bermusvh? Kami rapat seperti kawan baik dan tiada sebarang mas@lah.
"Malah selepas bercerai pun saya yang bantu dia pindah keluar," jelasnya yang dalam masa sama turut men£gaskan, belum ada sebarang perbincangan antara dia dan Hidayah untuk kembali rujuk.

"Selepas bercerai memang jarang berhubung. Cuma baru-baru ini dia ajak saya makan malam bersama. Apabila berjumpa kami boleh berbual seperti biasa.

"Belum pernah bercakap soal rujuk. Tetapi saya tidak pernah berhenti doa," luahnya, dimana dia dan bekas isterinya itu membuang jauh segala sengk£ta yang pernah berlaku dalam perhubungan ketika pertemuan baru-baru ini.

Untuk makluman, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: