"Subhanallah, sangat indah dan menyentuh hati bila difikirkan. Memang menakjubkan bagaimana Allah mendengar walaupun hanya bisikan dalam hati.
"Bila sesuatu itu sudah tertulis untuk kita, doa yang tak terluah pun boleh jadi kenyataan."
Itulah kata pelakon Afifah Nasir dimana dia berkongsi khabar gembira apabila impiannya dan suami, Syed Hariz yang teringin menimang cahaya mata sulung lelaki jadi kenyataan.
Ujar Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Nasir, 32, dia dan suami tidak menyangka apabila doa dipanjat mereka dimakbulkan Allah SWT.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini meluahkan rasa syukur apabila perjalanan hidupnya bersama suami berjalan lancar.
Tuturnya, sebelum ini mereka hanya fokus kepada kehidupan berdua, namun kini teruja menyambut bayi lelaki yang bakal lahir.
"Hariz pernah beritahu saya, dia mahu tahun 2024 hanya tertumpu pada kami berdua saja, dan berharap menimang cahaya mata pada tahun 2025.
"Alhamdulillah, semuanya menjadi kenyataan dengan kehadiran seorang bayi lelaki, seorang Syed. Nikmat Allah memang tak terhitung.
"Semoga Allah terus limpahkan rahmat dan keberkatan kepada keluarga kami, sentiasa melindungi anak kecil kami, dan jadikan dia anak yang soleh serta penyejuk mata. Aamiin," ujarnya.
Pada Mei lalu, Afifah telah berkongsi khabar gembira apabila dia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk makluman, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei 2024 selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment