"Mana-mana lelaki boleh menjadi bapa, tetapi memerlukan seseorang yang istimewa untuk menjadi seorang ayah. Buat keluarga saya tercinta, terima kasih untuk sambutan ini."
Demikian ujar pelakon Edika Yusof dimana perkongsianya itu menjadi perhatian apabila memuat naik video berada di sebuah restoran bersama keluarganya.
Melihat pada perkongsian tersebut, turut kelihatan bekas isteri Edika iaitu Nor Hidayah serta anak-anak mereka, termasuk ucapan terima kasih pelakon itu kerana meraikannya sempena hari bapa.
Sementara itu, menerusi perkongsian lain di media sosial, Edika ada memuat naik gambarnya bersama Hidayah, dimana kedua-duanya dilihat tersenyum.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat hubungan baik Edika dengan bekas isterinya itu, selain ada yang turut mendoakan agar mereka bersatu semula.
Terdahulu, rumah tangga Edika Yusof dan Nor Hidayah yang di bina selama 21 tahun berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada 5 Mei lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment