28 June 2025

BANTU SAUDARA PELUK ISLAM - DIANA RAFAR RASA GELOMBANG LUAR BIASA : "SAYA BERASA TERUJA & HIBA..."



Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Diana Rafar, 43, membantu seorang wanita mengucap dua kalimah syahadah yang dimuat naik di media sosial selepas ia mendapat perhatian netizen.

Berhubung video tersebut, Diana atau nama sebenarnya, Adiana Abdul Rafar berkata, dia selalu berasakan gelombang yang luar biasa setiap kali membantu saudara baharu memeluk agama Islam.

"Saya berasa teruja dan hiba setiap kali membantu saudara baharu (mualaf) untuk memeluk agama Islam kerana percaya segala d0sa mereka sudah digugurkan (diampunkan) Allah SWT seperti bayi yang baru dilahirkan.

"Saya mula berasa t@kut dan c£mburu kerana merasakan mereka sangat beruntung kerana sudah pasti Allah menghapuskan d0sa mereka.

"Sebelum mengajar mereka lafaz kalimah syahadah, saya akan tanya kenapa dia nak peluk Islam, apa yang dia rasakan dan adakah dia mengenali pencipta kita?

"Saya juga akan terangkan mengenai 99 nama Allah di mana semua nama Allah akan dapat membantu dalam perjalanannya selepas ini," kata isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu.

Dalam pada itu, Diana turut mengulas engenai perkongsiannya membabitkan saudara baharu yang meraih perhatian netizen itu, dimana jelasnya, dia juga berbincang dengan pejabat agama berkaitan 'posting' nya untuk membantu mualaf itu.

"Ia atas dorongan dan galakan agar mereka yang mahu peluk agama islam lebih mudah melalui saya untuk dibantu.

Klik untuk gambar besar

"Selepas beberapa video yang saya muat naik mengenai saudara baru syahadah tular, saya juga dihubungi beberapa orang meminta bantuan saya untuk memeluk agama islam termasuk buat panggilan video.

"Semoga perkongsian video yang saya buat itu memudahkan mereka yang ingin memeluk agama Islam," tuturnya.

Sementara itu, kongsi Diana, dia sudah terbabit dalam aktiviti membantu saudara baharu berkenaan sejak 2020.

"Alhamdulillah, Allah SWT yang mendorong saya ke arah ini. Semuanya bermula pada 2020 di mana saya diberitahu Ustaz Firdaus ada wanita Mongolia mahu peluk agama Islam dan dia minta saya bantu dan lakukan di rumah.

"Pada masa itu, saya memang tak bersedia kerana t@kut, berdebar dan semua serba tak kena tapi akhirnya saya n£kad untuk ambil peluang itu.

"Setakat ini, saya sudah membantu seramai tujuh orang saudara baharu untuk peluk agama islam. Tahun ini sahaja, ada dua orang," ujarnya.

Terdahulu, perkongsian video Diana di media sosial miliknya sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila berkongsi momen menyentuh hati membimbing seorang wanita memeluk agama Islam dengan melafazkan dua kalimah syahadah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: