28 June 2025

K£S PEN1PUAN PAKEJ HAJI - AMIR UKAYS AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG



Penyanyi Amir Ukays atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 56, sebelum ini mendakwa dia menjadi m@ngsa pen1puan sebuah syarikat yang berjanji memberikan penajaan menunaikan ibadah haji baru-baru ini.
Bakal mengambil tindakan undang-undang, Amir berkata, individu itu sudah memut@rb£litkan kenyataan dan mengatakan dirinya sudah menyebabkan prov0kasi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga adalah tidak benar.

"Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit. Individu terbabit juga meyakinkan bahawa penaja akan datang bersama dokumen yang kami tunggu dari jam 11 malam hingga 7 pagi.

"Tiada apa-apa dokumen seperti visa atau tiket penerbangan yang kami terima dan penaja juga tidak muncul-muncul," katanya yang sudah berbincang dengan peguam dan perkara ini akan berjalan secepat mungkin.

"Saya memang tak puas hati. Memandangkan saya artis, dia jadi g£labah bila penipuannya ini dapat tumpuan ramai. Dia sengaja nak s£rang saya dan saya akan pertah@nkan diri," ujarnya.

Terdahulu, Amir bersama isterinya iaitu Sarimah Ahmad, 51, sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 1 Jun lalu bersama 77 jemaah lain, bagaimanapun mereka kec£wa apabila dit1pu oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penyanyi lagu 'Di sana Menanti Di Sini Menunggu' ini bersama enam jemaah lain sudah membuat laporan polis dan kini menyerahkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, ditanya mengapa dia mudah terp£daya dengan tawaran yang disifatkan must@hil ini, Amir berkata, mereka tidak dibenarkan bertanya lanjut berkenaan perkara itu.

"Maklumat ini datang dari isteri saya yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Katanya, staf dia maklumkan kos untuk haji ini ditaja penuh oleh kerabat diraja sebuah negeri.

"Jadi apabila dia sebut kerabat diraja, takkanlah saya nak sias@t lebih-lebih. Staf itu pun kata dalam grup WhatsApp, tak perlulah kami tanya lebih-lebih kerana kita kena jaga hati penaja. Dia dah taja kami pun dah kira bersyukur," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: