"Mulanya Yusra (anak perempuan Imran Aqil) mengalami seles£ma dan hidung tersumb@t. Lama kelamaan makin t£ruk. Saya pergi ke tiga klinik untuk mendapatkan pendapat doktor yang berbeza.
"Akhirnya doktor beritahu kalau masih t£ruk, anak saya perlu dibawa ke hospital. Malam itu (Khamis) dia memang tak boleh tidur dan kami terus ke hospital.
"Pada mulanya saya ingatkan anak saya menghidap br0nkitis, tapi sewaktu doktor buat pemeriksaan dar@h dan ujian swab akhirnya Yusra p0sitif C0V1D."
Demikian kata pelakon Imran Aqil yang memaklumkan anak perempuannya, Nur Yusra terpaksa dimasukkan ke hospital pada Khamis kerana dijangk1ti C0V1D, walaupun belum mencecah usia dua bulan.
Jelas Imran atau nama penuhnya, Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, pada mulanya dia menyangka anaknya itu menghidap br0nkitis kerana mengalami mas@lah seles£ma dan hidung tersumb@t selama beberapa hari.
Kongsinya lagi, dia dan isterinya yang juga personaliti media sosial, Dahlia Rizal telah membawa Yusra ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas melihatkan keadaan anak mereka semakin t£ruk.
Selain itu, Imran dalam masa sama turut memberitahu, dia juga mengalami mas@lah kesihatan termasuk mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Klik untuk gambar besar
"Sepanjang dua malam anak saya di hospital, saya sentiasa ada bersamanya. Kasihan juga isteri (Dahlia) saya sebab dia pun berada dalam keadaan tert£kan.
"Nak kena jaga anak yang s@kit dalam masa sama saya pun tidak berapa sihat. Saya pun kena kuat sebab saya tidak mahu isteri t@nggung semua ini seorang diri.
"Dahlia tak sampai hati nak bantu doktor s£dut kah@k dan hingus anak, jadi saya yang tak sihat ini kena kuatkan diri untuk lakukan pros£dur itu semua.
"Ingatkan saya kuat, tetapi saya pun menangis juga," ujarnya yang kini meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah dibenarkan keluar daripada hospital pada Sabtu.
Dalam pada itu, Imran berkata, dia kini perlu lebih berjaga-jaga dalam memastikan keadaan sekeliling anaknya itu lebih selamat.
"Alhamdulillah hari ini (Sabtu) Yusra baru sahaja keluar hospital. Doktor dah buat pemeriksaan dan kesihatan anak saya semakin baik.
"Rupanya sebelum masuk ke hospital lagi dia sudah dijangk1ti C0V1D, tapi mungkin pada waktu itu kami tidak tahu.
"Sejak lahir kami hanya keluar pergi menziarahi rumah keluarga, namun mungkin jangk1tan itu daripada ahli keluarga.
"Selepas ini saya akan berhati-hati apabila nak menerima tetamu datang ke rumah. Kalau ikutkan anak saya sudah selesa duduk di rumah tetapi kita tidak tahu sekiranya ada v1rus dari luar," jelasnya.
Sebelum ini, Dahlia memuat naik hantaran di media sosial memaklumkan anaknya dimasukkan ke hospital kerana dijangk1ti C0V1D.
Kata Dahlia, Yusra mengalami munt@h-munt@h sepanjang hari dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat anaknya itu.
Untuk makluman, Imran mendirikan rumah tangga dengan Dahlia pada 9 September 2023 dan pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 6 Mei lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment