28 June 2025

TOKYO DISNEYLAND - FATTAH AMIN RANCANG BAWA FATIMA BERCUTI TAHUN INI



"Memang kami ada perancangan untuk bercuti bersama di Tokyo Disneyland cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan.
"Bila sudah tahu jadual persekolahan Fatima, barulah saya boleh merancang percutian itu.

"Sebenarnya, percutian ini akan disertai ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa dan adik-beradik. Insya-Allah, pada tahun ini."

Itulah jelas Fattah Amin, 35, dimana pelakon itu mengakui, dia memang ada perancangan untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya, 5, untuk bercuti ke Tokyo Disneyland pada tahun ini.

Dalam pada itu, Fattah memberitahu, dia juga sudah ada tarikh untuk percutian bersama anaknya itu, bagaimanapun katanya, perkara yang berkaitan keluarga termasuk percutian sepatutnya boleh disampaikan melalui WhatsApp.

"Cuma itulah, boleh sahaja perkara itu (berkaitan percutian bersama Fatima) disampaikan kepada saya melalui WhatsApp," tutur Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin.

Terdahulu, tular satu video memaparkan Fatima yang meminta Fattah untuk membawanya melancong ke taman tema popular dunia, Disneyland, Tokyo.

Menerusi video itu juga, Fatima yang merupakan anak hasil perkahwinan Fattah bersama bekas isterinya, pelakon dan usahawan, Nur Fazura, turut menyatakan dia sangat menyayangi bapanya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: