"Awak ada ramai anak, tapi anak pertama awak fikir yang awak dah tak suka dia lagi," luah anak kepada pelakon Fizo Omar, Wan Maryam, 8, yang berasa sedih apabila mendakwa bapanya itu sudah tidak mempedulikannya berbanding adik-beradik lain.
Maryam yang meluahkan perasaan sedih itu menerusi satu sesi siaran langsung di akaun milik ibunya iaitu usahawan, Mawar Karim, mendakwa, dia sudah tidak menyukai bapanya itu kerana kurang meluangkan masa bersama.
Mawar yang mendengar luahan anak perempuannya itu dengan pantas memberikan isyarat senyap agar Maryam tidak bercerita lebih lanjut kepada umum.
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berasa perkara tersebut adalah normal buat anak sulung.
Klik untuk gambar besar
"Anak sulung memang akan rasa seperti itu, semua perkara ingat adik dapat lebih. Normal sebab itulah perasaan anak bila ibu bapa berpisah, bila bercerita jujur dari hati dan tidak men1pu.
"Jangan kec@m bapanya, semua anak sulung rasa benda sama," itulah antara komen-komen yang ditulis netizen.

Kemudian, Fizo kembali bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan Fazeera Nazri Azrai pada Oktober 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Wan Khaleeda, 3, Wan Umaira, 2, dan seorang lagi anak lelaki yang baru sahaja dilahirkan pada 17 Jun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment