Pada pagi Ahad, adik kepada pelakon Elfira Loy, 31, iaitu Ezlisa Loy, 29, telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Ezlisa atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy, yang juga seorang pelakon itu menerima mas kahwin berjumlah RM300.
Momen bahagia itu turut dikongsikan secara langsung menerusi siaran perancang perkahwinan mereka, Sanggul Event, dimana ia menyaksikan Ezlisa anggun dalam busana pengantin berona putih, sedondon dengan suaminya.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung pada 27 April 2024, menandakan permulaan fasa baharu dalam hubungan cinta mereka.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment