29 June 2025

DIPUJI MAKIN MENAWAN - NADEERA ZAINI TETAP SYARAT DALAM PENAMPILAN : "KALAU YANG TAK MASUK AKAL SEPERTI S£KSI, SAYA TIDAK AKAN PAKAI"



Demi menjaga penampilan sebagai seorang anak seni, penyanyi Nadeera Zaini atau nama penuhnya, Farah Nadeera Zaini, 32, men£gaskan, dia tidak akan berpakaian s£ksi.

Kata Nadeera, dia kini sudah mempunyai pasukan penata gaya bagi memastikan setiap busana yang disarung sesuai digayakan pada setiap acara.

Akui penyanyi yang popular menerusi lagu 'Bukan Lagi Kita' itu lagi, sebelum ini penampilannya pernah menjadi perhatian kerana dikatakan tidak menarik.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Nadeera turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai tenaga kerja yang sentiasa komited dalam memastikan penampilan dirinya terjaga dengan baik.

"Saya tidak serahkan 100 peratus keputusan kepada penata gaya tetapi daripada awal lagi saya sudah beritahu tidak mahu memakai pakaian s£ksi.

"Mereka (penata gaya) pun mengenali diri saya yang sebenar. Terima kasih kepada pasukan saya kerana telah bekerja keras untuk menjaga penampilan saya selama ini," ujarnya.
Pada Mac lalu, penampilan Nadeera sewaktu menyambut hari raya Aidilfitri telah mendapat perhatian ramai apabila dipuji semakin berseri menggayakan baju kurung potongan moden rona hijau.

Nadeera menerusi perkongsian di media sosial, memuat naik sebuah video menyanyikan lagu 'Meriah Lain Macam' bersama keluarganya.

Perkongsian itu berjaya meraih lebih 1 juta tontonan dimana rata-rata netizen memuji penampilan penyanyi itu yang dilihat semakin menawan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: