"Hubungan kami (Fauzi Nawawi & Lisdawati) tiada mas@lah lain kecuali setiap tiga atau empat bulan mesti akan timbul fitn@h di media sosial kononnya hubungan kami suami isteri mula r£nggang dan menuju perceraian.
"Selalunya akan timbul dahulu di Facebook sebelum mer£bak ke platform lain. Sampaikan saya kena buat penjelasan. Kadang setahun sampai dua kali saya kena hadap sp£kulasi yang tidak tahu dari mana timbulnya ini.
"Tapi bagi saya, itu semua hanyalah asam garam hidup. Bila kita terlampau lama berdiam, akan timbul berita p£lik-p£lik orang akan uar-uarkan."
Demikian kata pelakon Fauzi Nawawi, 52, dimana dia mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja menabur fitn@h mengatakan perkahwinan yang dibina bersama pelakon Lisdawati, 47, sudah di ambang perceraian.
Jelas Fauzi atau nama penuhnya, Muhammad Fauzi Mohd Nawawi, khabar angin ini sudah lama bertebaran di media sosial sejak mereka mendirikan rumah tangga 19 tahun lalu.
Pernah terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pelaku, Fauzi bagaimanapun berkata, hasrat itu dibatalkan kerana enggan isu ini menular lebih besar.
Klik untuk gambar besar
"Lagipula, kita buang banyak masa dan wang untuk naik turun mahkamah. Jadi apa yang kami mampu buat adalah menafikan sahaja berita tersebut," ujar pelakon 'Polis Evo 3' itu.
Tidak menafikan berhadapan banyak ujian dalam rumah tangganya, Fauzi bagaimanapun bersyukur dia dan Lisdawati dapat melaluinya atas dasar saling percaya pasangan, termasuk sepakat tidak menceritakan apa saja mas@lah kepada pihak lain.
Dalam pada itu, Fauzi turut memberitahu rahsia kebahagiaanya dan petua menghadapi badai rumah tangga, dimana mereka mempunyai prinsip yang sama iaitu saling menjaga rahsia dan tidak membuka pekung masing-masing kepada umum serta tidak ambil peduli cakap-cakap daripada pihak luar.
"Isteri saya, Lisdawati adalah seorang wanita yang sangat baik. Saya bersyukur kepada Allah kerana dia menjadi suri hidup saya. Tetapi, lumrah dalam rumah tangga memang akan ada ujiannya.
"Namun, Alhamdulilah kami berdua mempunyai prinsip yang sama iaitu saling menjaga rahsia dalam rumah tangga dan tidak sesekali berkongsi mas@lah dalam kain kepada umum.
"Ujian kami sangat banyak, cuma apa yang buat saya kekal sampai hari ini adalah sikap meletakkan kepercayaan kepada pasangan. Kami tak percayakan cakap sesiapa. Kami sangat simpan privasi dan rahsia rumah tangga kerana itulah kunci kebahagiaan.
"Jika berg@duh, jangan muat naik di media sosial atau bercerita dengan sesiapa. Lebih baik mas@lah dalam kain selesaikan dalam kain sendiri, jangan sampai apa dalam kain kita buka kepada umum. Termasuk, anak-anak pun tidak pernah tahu yang kami ada mas@lah," katanya.
"Sedangkan waktu akad nikah kita sudah berjanji akan sehidup sem@ti dengan pasangan. Jadi tak perlu ada pihak ketiga sebagai penasihat. Jika suami dan isteri sudah buat keputusan berkongsi hidup, maksudnya mereka kena berani dan kuat selesaikan mas@lah yang datang," tuturnya.
Untuk makluman, Fauzi dan Lisdawati sah bergelar suami isteri pada 9 September 2007. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus, dan Ahmad Nur Fayyadh.
Fauzi juga mempunyai empat cahaya mata lagi hasil perkahwinan terdahulu iaitu Nurul Hainil Fatihah, Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya, dan Mohd. Fikri Hakimi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment