29 June 2025

BILA ALIFF AZIZ 'LEPAS GI4N' MENYANYI DI SINGAPURA SELEPAS LAMA MENYEPI



"Ini merupakan satu pengalaman menarik meraikan muzik di persekitaran berbeza. Terima kasih kerana menjemput saya membuat persembahan pada malam ini (Sabtu). Kepada semua yang hadir, saya harap dapat menghiburkan anda dalam momen yang singkat ini. Terima kasih."

Demikian tutur penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang mengucapkan terima kasih buat sahabat yang dikenali sebagai hxrrs kerana memberi peluang untuknya mendendangkan beberapa buah lagu pada persembahan di Marina Bay, Olympic Walk, Singapura pada malam Sabtu.

Nampaknya Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 34, seakan-akan 'melepaskan gi@n' membuat persembahan di negara kelahirannya, sekian lama tidak muncul dalam aktiviti seni.

Kata Aliff, dia yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, berharap nyanyiannya itu mampu menghiburkan penonton yang hadir.

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu turut memuat naik semula video yang dikongsi peminat menerusi media sosial.

Aliff dilihat menghiburkan penonton dengan seleksi lagu-lagu pilihan termasuk 'Sedang Apa dan Di Mana' (Kerispatih), 'Rindu Setengah M@ti' (D'Masiv), 'Hanya Rindu' (Andmesh), 'Kasih Tak Sampai' (Padi) dan 'Bila Cinta' nyanyian Gio.

Klik untuk gambar besar

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff berjaya menghiburkan penonton yang rata-ratanya terpukau dengan kelunakan suara penyanyi berkenaan.

Sebelum ini, nama Aliff terpalit dengan pelbagai kontr0versi termasuk dic£kup berkhalw@t bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2024.

Pada 13 Mac tahun sama, bekas isteri Aliff iaitu pelakon Bella Astillah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan itu akhirnya sah bercerai apabila Aliff melafazkan talak satu terhadap Bella di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najid Wan Hamat pada 13 Jun 2024.

Selepas kontr0versi demi kontr0versi yang dilalui, Aliff dilihat kurang aktif dalam dunia hiburan dan dipercayai pulang ke kampung halamannya di Singapura.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: