"Saya mengaku dulu bila nama sedang naik memang lupa diri sampai perkara wajib seperti solat lima waktu saya tak jaga.
"Namun apabila diuji dengan peny@kit kans£r, baiknya Allah pada hamba-Nya saya masih diberi peluang kedua untuk hidup.
"Jadi daripada situ saya perlahan-lahan mengubah diri saya ke arah lebih p0sitif seperti mula berhijab, berzikir dan ikuti kelas ilmu."
Itulah jelas pelakon Emma Akma dimana dia mengaku pernah lupa diri sehingga mengambil r£meh perkara wajib sebagai umat Islam sewaktu karier seninya berada di puncak populariti.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, dalam seminggu dia wajib pergi menimba ilmu dengan mengikuti kelas agama, malah dia sendiri akan mencari majlis ilmu untuk disertai jika berkelapangan.
"Mana-mana kelas agama yang ada saya memang akan pergi. Boleh dikatakan setiap minggu pasti akan ada satu kelas yang saya pergi untuk menuntut ilmu.
"Ada yang saya sertai kelas bersama rakan artis, ada juga yang saya sendiri cari dan pergi seorang diri," ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan Emma disahkan menghidap kans£r perut serta ketumbuhan cyst sebesar saiz bola sepak yang boleh menc@but nyawanya jika tidak dib£dah segera.
Sejak berita mengenai kes@kitan yang dialami mendapat perhatian, Emma berjaya menjalani pemb£dahan hasil sumbangan daripada orang ramai yang menghulurkan bantuan.
Pelakon itu menjalani pemb£dahan di Institut Kanser Negara (IKN) pada Ogos 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment