"Perkara ini sebenarnya boleh mencapai 'win win situation' dan mereka perlu saling berlebih kurang. Industri kita ini tak besar, kecil saja. Kalau kita berk£ras sangat pun nanti satu apa pun tak jadi.
"Mungkin mereka ada mas@lah dalaman yang kita tak tahu tetapi perkara ini boleh diselesaikan, bawa-bawalah berbincang.
"Saya bercakap tentang apa yang saya baca dan dengar, jika ikut undang-undang memang tak boleh sebab milik Man Senoi. Lagipun jika bunyi itu ditukar, susunan muzik masih ada melodi asal."
Demikian ujar Ajai yang mewakili kumpulan Exist, dimana dia menaruh keyakinan bahawa kumpulan 4U2C dan komposer dan penerbit, Man Senoi serta isterinya, Mama Rap sepatutnya duduk berbincang bagi mencapai kata sepakat.
Ajai yang juga merupakan seorang komposer itu berkata, k0nflik antara mereka berhubung penganjuran konsert WE 4U2C Live In Concert dilihat mampu diselesaikan secara baik menerusi perbincangan sesama mereka tanpa perlu diperbesar-besarkan.
Dalam pada itu, Ajai atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Maas, 50, berpendapat kenyataan Man Senoi dan isterinya berhubung isu hak cipta lagu 4U2C logik dan mempunyai asas kukuh.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Ajai yang berpengalaman berhadapan dengan perkara seumpama itu, mengulas, wajar untuk setiap penggiat industri peka dengan ilmu berkenaan hak cipta.
"Badan pelesenan iaitu Music Authors' Copyright Protection Berhad (MACP) adalah untuk penulis dan apa yang Man Senoi dan Mama Rap cakap adalah berkaitan dengan 'sound audio' iaitu bahan rakaman.
"Apabila bercakap soal bahan rakaman, memang ia adalah hak kepada 'investor'. Ingat tak perkara ini pernah terjadi kepada Dayang Nurfaizah di mana lagu ciptaan saya, 'Seandainya Masih Ada' itu tidak dapat dinyanyikan selama hampir tiga ke empat tahun.
"Tetapi selepas selesai urusan mahkamah, barulah Dayang boleh menyanyikan semula lagu itu. Saya tak pastilah mereka boleh teruskan konsert atau tidak tetapi kalau ikut peraturannya, tidak boleh sebab 'master' adalah Man Senoi.
"Tindakan mereka itu wajar sebab dia adalah pemilik. Cuma jika ikut perikemanusiaan, perkara ini boleh dibawa berbincang untuk selesaikan mas@lah ini," katanya.
Disamping itu, Ajai sempat berpesan kepada pemain industri muzik tempatan untuk tidak memandang remeh isu hak milik lagu kerana ia melibatkan undang-undang yang telah ditetapkan.
"Saya nak pesan kepada penyanyi dan sesiapa yang berada dalam industri, anda kena faham maksud dan undang-undang muzik kita. Jangan main langg@r sebab ini melibatkan hak cipta," jelasnya.
Sementara itu, pemain gitar Exists iaitu, Along berkata, 4U2C juga berhak bertanyakan berkenaan r0yalti kepada Man Senoi.
"Perkara itu pula, Man Senoi perlu bertanggungjawab juga. Pada saya tak sal@h kalau 4U2C buat konsert sebab nanti Man Senoi akan dapat r0yalti juga.
"Bagi kami, industri kita tak besar, kecil sahaja, kalau kita k£ras sangat nanti apa pun tak jalan. Bagi kami 4U2C tak sal@h untuk buat konsert, ini untuk perkembangan industri kita," tuturnya.
Terdahulu, timbulnya kem£lut di sebalik penganjuran konsert 4U2C apabila Man Senoi dan isterinya dilapor berkata, hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.
Selain itu, Man Senoi dan Mama Rap atau Ramziah Mohamed Noor, 62, turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air.
Man Senoi atau nama sebenarnya Othman Masri, 72, turut dilapor mempers0alkan bagaimana kumpulan berkenaan hendak mengadakan konsert jika 25 lagu dinyanyikan adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.
Manakala ahli 4U2C iaitu Datuk AC Mizal memberitahu, mereka sudah melantik pihak bertanggungjawab dan mengikut saluran betul agar tidak timbul sebarang isu hak cipta lagu yang akan dipersembahkan nanti.
Bagaimanapun, Man Senoi dan isterinya itu masih membuka pintu untuk perbincangan lanjut dengan penganjur yang akan disertai peguam.
Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event akan menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu AC, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment