"Ini Rolex pertama saya. Ini bukan parcel biasa-biasa. Hari ini saya nak unboxing jam Rolex pertama saya. Saya beli Rolex ni beberapa hari sebelum hari jadi saya. Ini adalah hadiah untuk saya sendiri. Sebab saya tak tahu nak beli apa untuk hari lahir saya."
Itulah kata Janna Nick menerusi media sosial dimana pelakon dan pengacara itu berkongsikan dia telah membeli jam tangan mewah jenama R0lex untuk hadiah sempena hari kelahirannya yang ke-30 pada 1 Jun lalu.
Dalam pada itu, Janna menjelaskan, sudah tiga minggu dia membeli jam mewah terbabit, namun tidak memakainya lagi. Malah akuinya lagi, dia bukan seorang penggemar jam.
Klik untuk gambar besar
"Saya rasa R0lex ni masa nak beli je akan excited, tapi bila dah dapat, akan rasa 'biasa je nyah'. So, kita simpan sahajalah," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment