22 June 2025

BATAL NIAT SAM4N PENYEBAR FITN4H - KHAI BAHAR PILIH JALAN IKHLAS, PERCAYA RAKAN TERDEKAT JADI DAL4NG



"Sudah selesai, saya pilih ikhlaskan dan lepaskan. Tak jadi nak sam@n sebab dia tak teruskan perkara yang dilakukan itu," jelas penyanyi Khai Bahar yang memilih untuk tidak memanjangkan isu selepas seorang pengguna media sosial secara sengaja memuat naik hantaran berunsur fitn@h melibatkan dirinya.

Menganggap perkara itu telah selesai dan tiada sebarang tindakan sam@n diambil terhadap pihak berkenaan, Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata, keputusan tersebut diambil selepas individu yang dipercayai menggunakan akaun palsu itu memadam semua hantaran di platform itu.

Selain itu, Khai juga yakin perkara itu dilakukan oleh kenalan terdekat, namun tidak pastinya m0tif di sebalik perbuatan menyebarkan fitn@h sebegitu.

"Saya tak tahu siapa dia dan semua hantaran itu telah dipadam. Dia guna akaun palsu. Tapi saya rasa macam orang terdekat sebab dia ada 'screenshot' hantaran yang hanya dikongsi kepada 'close friend' di media sosial. Saya rasa tak perlu buat begitu kerana dia tahu apa itu 'maksud close friend'.

Klik untuk gambar besar

"Tak tahu apa sebabnya. Tapi p£lik sebab dia tahu hantaran di 'close friend' saya. Saya rasa 'circle' orang terdekat saya," ujarnya yang dalam masa sama juga sedia untuk mengakui segala perbuatannya jika dakwaan yang dibuat oleh individu berkenaan disertakan dengan bukti.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga tidak akan membatas perkongsian kerana ia menjadi satu kenangan untuk dirinya dan peminat, biarpun berulang kali berdepan fitn@h di media sosial.

"Kalau benda itu ada bukti saya terima tapi ini semua fitn@h. Jika tak betul saya kata tidak, ada sal@h sil@p saya perbaiki dan minta maaf. Saya ini 'random' sikit, kalau nak kongsi saya 'p0st' saja.
"Saya cuma nak lebih bahagiakan diri dengan bercakap dan berkongsi. Apabila dapat teguran, saya akan turunkan semula hantaran. Saya juga bukan sempurna, hanya manusia biasa," luahnya.

Pada Mei lalu, Khai meluahkan rasa b£ngang dengan tindakan sebuah akaun di laman sosial yang memuat naik semula video dia bersama adik iparnya di dalam kereta.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai komen neg@tif susulan kapsyen pengguna akaun tersebut dan berhubung itu, Khai juga memaklumkan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: