22 June 2025

TAK PERNAH TERLINTAS CARI PENGGANTI - FAZURA AKUI BELUM ADA MANA-MANA LELAKI YANG CUBA DEKATINYA : "TERLALU AWAL & SAYA PUN BARU SAHAJA BERCERAI"



"Rasa macam baru sangat cerai. Sejujurnya ketika ini saya rasa sangat gembira, lega dan tenang. Saya selesa dan saya tidak pernah terlintas langsung (mencari pengganti) sebab saya rasa masih terlalu cepat, terlalu awal dan saya pun baru sahaja bercerai.

"Saya rasa selesa dengan apa yang saya ada sekarang walaupun ramai yang bertanya sama ada saya teringin untuk cari pengganti atau tidak. Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya dan juga anak."

Demikian ujar pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 42, dimana dia lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya kini sebagai seorang ibu tunggal selepas hampir lapan bulan bercerai dengan bekas suaminya yang pelakon, Fattah Amin.

Klik untuk gambar besar

Kata Fazura, dia merasakan seperti baru saja perpisahan itu berlaku dan tidak terfikir langsung untuk mencari pengganti, malah turut mengakui belum ada mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin dalam masa sama juga mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.
"Tak ada pun (yang cuba mendekati). Tetapi peminat-peminat pun ada juga yang mendoakan. Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya," tutur pelakon 'Manisnya Cinta di Cappadocia' itu.

Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu selepas hampir 7 tahun mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: