22 June 2025

AL-FATIHAH - ANAK SYURGA RAHMAD MEGA DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada bekas penyanyi kumpulan Mega, Rahmad Tohak, 55, atas pemergian anak bongsunya yang juga anak istimewa (OKU) iaitu Nur Ara Elisya, 15, yang meninggal dunia sekitar jam 2 petang tadi.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh Rahmad yang ketika itu berada di Sarawak untuk mengadakan persembahan di Betong, menerusi media sosial.

Rahmad bagaimanapun tidak berkongsi punca kem@tian Elisya, anak hasil perkahwinannya bersama bekas isteri, pelakon Ainina Ahmad B.

"Assalamualaikum untuk seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.

"Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf ya warga Betong," tutur Rahmad dalam tangisan.

Klik untuk gambar besar

Ketika dihubungi, Rahmad memberitahu, dia akan mengambil penerbangan untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur untuk menguruskan jenazah anak perempuannya itu.

"Jenazah akan dibawa ke Desaku Apartment, Jalan Melati Indah 1, Taman Kemensah Height Kemensah dan selepas itu akan dibawa ke surau berdekatan.

"Jemaah masjid akan menguruskan segalanya dan jenazah dijangka disempurnakan pagi esok. Mereka akan menguruskan semuanya," jelasnya yang dijangka tiba di Kuala Lumpur jam 9. 30 malam ini.

Sementara itu, menerusi hantaran di media sosial Ainina empat hari lalu, pelakon terbabit memuatnaik gambar dan ucapan ulang tahun buat Elisya.
"Happy Birthday sayangku.. Nur Ara Elisya. Mama love you Elisya, terima kasih ALLAH untuk anak syurga ini...

"Semoga cepat sihat dan diberikan keajaiban. Elisya dapat berjalan semula.. sihat, cergas dan ceria seperti dulu... amin-amin," tulisnya yang turut menyertakan tanda pagar 'prad£r willi syndr0me'.

Terdahulu, pada Februari lalu, Rahmad mendedahkan Allahyarham anak istimewanya itu menjalani pemb£dahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Allahyarham Elisya menjalani pemb£dahan spinal (tulang belakang) bertujuan meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 (darjah) akib@t sindr0m Prad£r Willi atau peny@kit yang jarang berlaku, di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa mas@lah fizikal, ment@l dan tingkah laku.

Menurut Rahmad lagi, keadaan tulang belakang Elisya lebih kr0nik daripada k£s penyanyi Zamani Slam dan dimasukkan ke hospital sejak 24 Disember lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: