Pada pukul 3.23 petang Ahad, Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, 49, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, Kajang, Selangor selepas mengadu s@kit dan suk@r bernafas.
Menurut pembantu rumahnya, Khusnul Khotimah, 23, Allahyarham sudah dua minggu mengadu mengalami s@kit-s@kit badan dan sering meminta ditemani kerana t@kut bersendirian.
Jelasnya lagi, sebelum Allahyarham meninggal dunia, dia sempat menyuapkan minuman pada arwah namun Raja Nurfatimah tidak mampu menelannya sebelum mengeluarkan semula.
"Arwah sudah dua minggu dalam keadaan kurang sihat, cuma hari ini keadaannya nampak lebih t£ruk. Pagi tadi, dia ada cakap s@kit badan dan minta saya untuk urutkan.
"Kemudian, pada jam 1 tengahari tadi saya ada suapkan arwah air, tetapi arwah seolah-olah tidak dapat menelannya dan memunt@hkan kembali. Selepas itu, keadaan kesihatannya semakin mer0sot.
Klik untuk gambar besar
Jenazah Allahyarham Raja Nurfatimah dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani proses b£dah sias@t, sebelum kemudianya dijangka akan dibawa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Kadir Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin.
Sementara itu, pelakon dan pengacara Didie Alias, 59, menyifatkan Allahyarham Raja Nurfatimah seorang rakan yang mudah membantu sepanjang mereka berkerjasama serta seorang yang sangat menjaga hal peribadi artis dan tidak menjajanya sehingga pengetahuan orang luar
Ujar Didie, apa yang lebih menyentuh hati, Allahyarham antara wartawan yang sentiasa memberi sokongan kepada artis-artis lama.
"Terima kasih, Raja Mawar. Sepanjang 40 tahun saya dalam industri ini, saya rasa tak ada rahsia yang dia pernah keluarkan untuk orang baca. Apa yang perlu dikeluarkan saja dia siarkan, selebihnya dia simpan sendiri.
"Dia insan yang baik sebab itulah Tuhan sayang dia. Insya-Allah saya akan buatkan tahlil untuk dia dekat masjid rumah Mummy," tuturnya ketika ditemui di Unit For£nsik Hospital Kajang, Selangor bagi mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Raja Nurfatimah.
Dalam pada itu, penyanyi Siti Nordiana memberitahu, Allahyarham antara wartawan terawal yang menyokong permulaan kerjaya seninya sebagai penyanyi.
"Malah setiap kali Anugerah Bintang Popular BH, arwah juga antara rakan media yang banyak membantu saya dan kelab peminat.
"Apabila mengetahui kehilangannya, bagi saya ini adalah satu kehilangan besar dan saya anggap dia seorang kakak yang tak lokek memberikan nasihat," katanya.
Selain itu, tutur Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave pula, dia menghargai jasa dan sumbangan Allahyarham Raja Nurfatimah yang sentiasa prihatin dengan kebajikan penggiat seni.
"Dia macam adik saya. Dia juga menganggap saya seperti seorang abang. Kalau ada apa-apa mas@lah, saya telefon dia kemudian dia aturkan pertemuan. Setiap majlis Yayasan Kebajiakn Artis Tanah Air, dia mesti hantar wakil wartawan untuk membuat liputan.
"Pada saya pemergian arwah adalah satu kehilangan besar terhadap dunia wartawan. Saya sudah mengenali arwah sejak 20 tahun laku sewaktu dua masih berkhidmat di meja jenayah," ujarnya.
Selain Didie, Siti Nordiana dan DJ Dave, antara selebriti yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah ialah DJ Lin, Ameng Spring, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Along Cham dan Zalif Sidek.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment