23 June 2025

ELAK BACA KOMEN - ANAK SHUIB SEPAHTU AKUI TAK PERNAH TERLINTAS UNTUK TIRU SUARA IBUNYA : "KALAU SAMA SEKALI PUN, RASA-RASANYA TIDAK ADA SAL4H PUN SEBAB SAYA MEMANG ANAK DIA"



"Mula-mula rasa sedih juga bila baca komen netizen sehingga ada yang banding-bandingkan saya dengan penyanyi sebaya lain. Ada juga saya mengadu kepada mummy (Watie Hanafiah) dengan daddy tapi mereka kata, jangan baca komen, sebab ris@u beri imp@k kepada em0si sendiri.

"Saya menyanyi ini sebab minat, bukan sebab nak tiru ibu, walaupun ada yang cakap suara kami kedengaran sama. Kalau sama sekali pun, rasa-rasanya tidak ada sal@h pun sebab saya memang anak dia."

Itulah kata anak kepada pelawak Shuib iaitu Thalita yang tidak terlepas daripada menjadi m@ngsa kec@man netizen, dimana akui ada awalnya, dia rasa sedih membaca komen berkenaan, namun kini dia mengelak dari membaca komen.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, jelas Thalita, meskipun ada yang menyatakan dirinya terlalu berusaha keras untuk memiliki suara persis Allahyarham ibunya, penyanyi Siti Sarah, namun dia tidak pernah terlintas untuk meniru suara ibunya itu.

Dalam pada itu, gadis kecil berusia 12 tahun ini berkata, pada awalnya dia rasa malu dan kurang berkeyakinan untuk beraksi di hadapan khalayak dan pentas besar, bagaimanapun bapa dan ibu tirinya, Watie Hanafiah banyak memberikan sokongan kepadanya untuk menangani rasa t@kut.
"Sebelum ini saya ada rasa t@kut dan g£muruh bila nak menyanyi depan orang. Tapi daddy dan mummy (Watie Hanafiah) banyak bagi sokongan. Mereka tidak memaksa tetapi perlahan-lahan ajar tang@ni rasa t@kut itu.

"Saya suka menyanyi tetapi dahulu tak berani nak ke depan sebab rasa t@kut, tetapi sekarang, bila sudah asyik menyanyi, mummy pula suruh diam," ujarnya yang bakal muncul dengan single baharu tidak lama lagi dan memasang impian untuk berada di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu hari nanti.

"Bukan sahaja AJL, kalau boleh nak masuk World Championship of Performance Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat yang pernah ibu sertai pada 2009. Semoga dapat ulangi kejayaan sama," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: