25 June 2025

BILA PENGAWAL PERIBADI DEDAH SIKAP SEBENAR FAZURA SELEPAS 10 TAHUN BERKHIDMAT



"Alhamdulillah tahun depan ngam 10 tahun aku bekerja menjaga keselamatan Fazura. Ada yang tanya macam mana boleh lama kerja dengan Faz.

"Jawapan aku simple je aku ikhlas bekerja, Fazura sangat baik hati, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang. Jujur dan amanah. Tahu membezakan antara bos dan kawan."

Demikian kata pengawal peribadi Nur Fazura dimana dia tampil mendedahkan sikap sebenar pelakon dan usahawan terkenal itu selepas hampir 10 tahun bertugas menjaga keselamatannya.

Klik untuk gambar besar

Individu bernama Shahaszrin berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, bagi menjawab persoalan netizen yang bertanyakan bagaimana dia boleh bekerja di bahawa selebriti itu dalam tempoh masa yang lama.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan Shahasrin mengenai hubungan profesional antara majikan dan pekerja, dimana kata mereka, majikan tetap majikan.

Sementara itu, ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan kerana menjaga selebriti kesayangan mereka itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: