"Setiap bulan kena maintain kerja dan hubungan peribadi sejauh 1628km naik flight 2 jam 45 minit. Alhamdulillah it's doing good untuk fasa yang menarik.. it's worth it for you, Hana Rose.."
Itulah tulis pelakon Pablo Amirul dimana dia berkongsikan setiap bulan dia berulang alik sejauh 1,628 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Dr Hana Rose.
Pablo menerusi perkongsian di media sosial, memaklumkan, dia berusaha mengimbangi antara kerjaya dan cinta serta berlaloi lakukan demi kekasihnya itu.
Dalam perkongsian itu juga, Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, berkata, jika memandu perjalanan ke Sabah, ia mengambil masa 101 jam sejauh 3,569 kilometer.
"Kalau drive from Kuala Lumpur to Kinabalu? Lalu Singapore pastu layan feri ke Kepulauan Riau then baru masuk Pontianak – Kalimantan Barat tembus Serian – Sarawak all the way drive menuju ke Kota Kinabalu sambil lalu sikit cuci mata di Negara Brunei... sanggup?
"3,569 km 101 jam pemanduan.. semoga berjaya!" tutur Pablo yang sebelum ini memberitahu, dimana baginya bukan satu mas@lah besar jika kekasihnya tidak pandai memasak.
Dalam pada itu, Pablo meminta Hana untuk fokus pada kariernya kerana dia boleh melakukan kerja rumah serta menguruskan rumah tangga apabila mereka mendirikan rumah tangga kelak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment