"Saya mengakui 'rakan sekerja' (Fattah Amin) ada beri bunga. Memang Fattah ada berkongsi di media sosial tapi saya tidak tahu mengapa, itu kena tanya dia sendiri. Saya rasa biasalah kalau orang nak usik-usik kami.
"Saya pun tak tahu nak komen apa. Tapi seperti apa yang Fattah tulis di media sosial, 'semoga cepat sembuh rakan sekerja'. Perkara yang baik kita doakan. Untuk bercerita lebih lanjut, tidak ada apa lagi untuk diceritakan."
Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 32, yang mengakui, pelakon Fattah Amin, 35, ada menghadiahkannya jambangan bunga tulip baru-baru ini iaitu pada hari kedua dia ditah@n dalam wad akib@t ker@cunan makanan sehingga membuatkan tek@nan dar@h menjadi rendah.
Dalam pada itu, Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, menjelaskan, dia kini sudah beransur pulih, selain turut menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya berdepan mas@lah ker@cunan makanan.
"Sebenarnya saya dimasukkan ke hospital kerana ker@cunan makanan. Mungkin kerana terlampau dehidr@si menyebabkan tek@nan dar@h rendah. Lima hari juga saya ditah@n wad.
"Saya nak ingatkan mas@lah ker@cunan makanan ini boleh menjadi s£rius dan jika berlaku sebarang gej@la silalah segera mendapatkan rawatan. Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat sepenuhnya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fattah tampil memberi penjelasan berhubung tindakannya menghadiahkan dua jambangan bunga kepada Amira, dimana pemberian bunga tulip dan mawar hanyalah tanda prihatin terhadap 'rakan sekerja' yang sedang menerima rawatan.
"Saya cuma prihatin. Kami ada projek bersama, jadi bila dia tak sihat, sedikit sebanyak beri kesan kepada saya. Sudah tentu saya akan ambil tahu, lebih-lebih lagi apabila 'rakan sekerja' yang j@tuh s@kit," tuturnya.
Disamping itu, bapa tunggal kepada seorang cahaya mata ini turut menafikan dakwaan netizen berkaitan pemberian dua jambangan bunga itu membawa maksud tersirat mengenai hubungannya dengan Amira.
"Saya tak tahu maksud bunga itu. Semua pemilihan dibuat oleh peminat, tapi saya hargai usaha mereka mencari makna di sebalik warna dan jenis bunga. Saya pun rasa terhibur," ulasnya.
Tambahnya lagi, ibunya juga ada melawat Amira kerana keluarga mereka saling mengenali dan bimbang akan keadaan penyanyi 'Bila Nak Kahwin?' itu, malah mereka juga sama-sama terbabit dalam perniagaan.
"Mak memang nak ziarah sebab keluarga kami saling kenal. Bila Amira s@kit, kami ambil peluang melawat. Saya difahamkan keluarga dia pun tak tahu tentang tek@nan dar@h rendah itu, jadi kami pun terkejut," jelasnya.
Sebelum ini, Fattah memuat naik foto Amira terlantar di hospital sambil memegang sejambak bunga tulip pemberiannya, dimana tindakannya tersebut seakan-akan mengesahkan hubungan yang sedang terjalin, meskipun menganggap penyanyi itu sebagai 'rakan sekerja'.
Dalam perkongsian itu juga, Fattah turut menitipkan doa agar penyanyi lagu 'Dalam Sujudku' ini segera sembuh daripada mas@lah kesihatan yang dihidapinya.
Apa yang menarik perhatian lagi, Fattah juga ada mengirimkan bunga mawar keesokan harinya selepas bunga tulip dan kemudiannya, ibu Fattah menziarahi Amira pada hari ketiga rawatan, sekali gus menc£tuskan pelbagai sp£kulasi netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment