25 June 2025

"SAYA RISAU KALAU BERTERUSAN MACAM INI AKAN BERIKAN KESAN PADA SAYA & JUGA ANAK SAYA" - SARAH YASMINE TAMPIL MINTA MAAF, AKUI SUKA LIHAT BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ BAHAGIA



"Saya ada minta maaf kepada empat orang selebriti antaranya Ruhainies, Sophia Albarakbah... saya risau kalau berterusan macam ini akan berikan kesan pada saya dan juga anak saya.
"Saya sudah minta maaf dan hanya seorang saja yang respon buat masa ini, tugas saya dah minta maaf jadi sudah selesai tapi saya faham kalau mereka tak nak maafkan sebab itu hak mereka."

Itulah jelas personaliti media sosial iaitu Sarah Yasmine dimana dia tampil membuat permohonan maaf kepada empat orang selebriti yang pernah terpalit dengan kontr0versi membabitkan pelakon Aliff Aziz.

Menyedari kesil@pan yang dilakukan sebelum ini, Sarah, 25, berkata tujuan permohonan maaf itu dibuat kerana dia mahu hidup dalam keadaan tenang dan tidak mahu lagi dibel£nggu perasaan bersal@h, terutamanya empat orang selebriti berkenaan.

Selain itu, Sarah juga memberitahu, dia gembira melihat kegembiraan yang dikongsikan oleh Bella Astillah dan Syed Saddiq di media sosial, malah berharap mereka cepat mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: