30 June 2025

BILA SHILA AMZAH LANCAR LAGU BAHARU, KISAH CUR4NG POV IBU SENDIRI - RAMAI TERSENTUH DENGAR



Penyanyi Shila Amzah, baru-baru ini telah tampil dengan lagu baharu berjudul 'Pernah Punya Aku', dimana karya berkenaan membawa kisah peribadi ibunya sebagai inspirasi.

Kata Shila, lagu yang dihasilkan sendiri sepenuhnya itu adalah tentang kecur@ngan berdasarkan pengalaman dilalui ibunya iatu Fauziah Sarman.

"Inspirasi kisah benar POV (point of view - sudut pandangan atau perspektif) mak saya sendiri. Kisah-kisah kecur@ngan," kata Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah.

Perkara itu dikongsikan secara ringkas oleh Shila menerusi media sosial miliknya bagi memprom0sikan lagu tersebut yang baru sahaja dilancarkan.

Klik untuk gambar besar

Dalam satu hantaran berbeza sebelum ini, Shila pernah memuat naik video teaser yang turut memberitahu perkara sama : "Kisah inspirasi ibu bapa saya."

Video muzik 'Pernah Punya Aku' mula dilancarkan di saluran YouTube Nova Music pada Ahad.

Lagu tersebut mengisahkan seorang wanita yang memilih untuk berpisah selepas mendapat tahu tentang kecur@ngan suaminya.
Karya ini juga sal@h satu lagu yang dimuatkan dalam album baharu Shila.

Terdahulu, kisah rumah tangga ibu bapa Shila pernah menjadi bualan ramai selepas bapanya yang juga penyanyi, Datuk ND Lala berkahwin dua.

Ibu Shila kemudian memaklumkan suaminya itu melafazkan cerai melalui WhatsApp pada Ogos 2023 selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: