"Sebenarnya kami sudah ada perancangan rapi untuk dia, cuma buat masa ini kami 'simpan' dia untuk konsert reunion Exists pada tahun hadapan.
"Kalau diikutkan ada sahaja persembahan yang kami undang Mamat seperti di Kelantan baru-baru ini. Kami beri dia 'warm up' dulu."
Demikian jelas anggota kumpulan Exists iaitu Ajai dimana dia dan ahli yang lain bersetuju untuk 'menyimpan' vokalisnya, Mamat untuk projek khas mereka pada tahun depan.
Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohamad Faizal Maas, 50, buat masa ini mereka ada sahaja menjemput Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 48, ke persembahan kecil sebagai pemanas badan sebelum penyanyi itu kembali ke pentas besar.
Klik untuk gambar besar
Malah seluruh anggota Exists sentiasa mendoakan yang terbaik buat Mamat kerana mereka mahu mencapai kejayaan bersama-sama. Prestasi Mamat sekarang sudah makin bagus, malah kami dengar daripada warden dia macam jadi ikon di sana.
"Walaupun dia masuk Pengasih tapi pucuk pangkal adalah hatinya yang nak berubah. Kami sebagai abang-abang Mamat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia supaya apa yang kami capai, dia turut capai perkara sama," ujarnya.
Untuk info, Mamat kini sudah hampir setahun berada di bawah pengawasan Pengasih untuk rawatan dan pemulihan selepas terpalit k£s berkaitan penyal@hgunaan dad@h.
Pada 2019 Mamat berdepan dua pertuduhan mengambil dad@h, bagaimanapun pada 8 Julai tahun lalu, dia berjaya dalam rayuan terhadap s@bitan dan hukvmannya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Penyanyi itu bagaimanapun dikenakan hukvman d£nda sebanyak RM4,000 dan dua tahun pengawasan di bawah Ag£nsi Anti Dad@h Kebangsaan (AADK) Bentong.
Dalam perkembangan lain, konsert Exists Premium Live @ PJ akan berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Oktober depan.
Harga tiket konsert itu bermula daripada RM368 sehingga RM588 dan boleh didapati menerusi laman sesawang Jiotix Asia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment