30 June 2025

ZAINOL MACWILSON KINI JADI HOS MAJLIS KERAIAN & KAHWIN - ZAHIRAH SOKONG KERJAYA PILIHAN BAPA, DOA REZEKI MELIMP



"Semoga papa (panggilan Zainol) berjaya sebagai hos acara perkahwinan malam ini (Sabtu). Semoga dipermudahkan dan murah rezeki agar dapat lebih banyak peluang. Sudah tiba masanya."

Itulah kata pelakon Zahirah Macwilson, 30, dimana dia memberi semangat kepada bapanya iaitu pelakon Zainol Mohd Johari Macwilson yang memilih kerjaya sebagai hos di acara keraian termasuk majlis perkahwinan.

Dalam pada itu, Zahirah atau nama penuhnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, juga berharap agar bapanya dihujani pelbagai tawaran dan dimurahkan rezeki dalam bidang tersebut.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi perkara tersebut menerusi media sosial, Zahirah yang menyokong kerjaya baharu bapanya itu turut mengambil peluang memprom0sikan khidmat pengacaraan yang dilakukan Zainol termasuk untuk acara korporat dan majlis rasmi.

"Jika anda memerlukan hos untuk majlis perkahwinan, acara rasmi dan korporat serta sebagainya boleh hubungi nombor tertera," tuturnya.

Untuk makluman, Zahirah merupakan anak sulung hasil perkahwinan di antara Zainol bersama Maslinda Yusof, sebelum bercerai pada November 2016.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: