"Setakat ini, sesi 'live' adalah salah satu punca rezeki saya. Disebabkan itu, saya buat. Saya tak malu untuk akui dengan buat 'live' ini menjadi mata pencarian saya.
"Orang kadang-kadang tak perasan sebab saya sudah lama sangat tak muncul, jadi bila mereka tengok di TikTok, ramai mula mengenali. Kandungan saya buat di media sosial adalah menyanyi.
"Saya cakap kepada peminat, lagu yang mampu saya akan menyanyi. Kalau tidak, saya hanya pasang muzik dan menyanyi secara 'on top' sahaja."
Demikian tutur penyanyi Nita Hamzah, 45, dimana dia mula berjinak-jinak dalam kegiatan pengendalian sesi siaran langsung di media sosial di bawah ag£nsi, Kami Sempoi sebagai punca rezeki, kira-kira tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, Nita atau nama sebenarnya, Norhanita Hamzah, menjelaskan, dia belum meletakkan noktah terhadap karier nyanyian, namun, andai begitu caranya untuk terus menyanyi, iaitu melalui media sosial, dia reda.
Ujar Nita lagi, dia bersyukur seadanya dengan rezeki yang diperoleh, malah apa dilakukan itu mendapat restu suami, Mohd Fareez Shamsul Bahar.
"Ini sal@h satu punca rezeki saya. Walaupun tidak banyak, tetapi Alhamdulillah, saya bersyukur. Daripada tak buat apa-apa dan suami pun izinkan, jadi saya tiada mas@lah.
"Saya pilih teruskan langkah sebegini. Sebenarnya, saya masih menyanyi dan tidak pernah berhenti. Cuma, konsep saya sekarang percaya kepada rezeki.
"Kalau orang panggil, saya akan pergi, kalau tiada, tak mengapalah. Tapi, masih ada kawan-kawan yang beri sokongan.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Nita turut bersyukur masih ramai rakan yang mempercayai bakat nyanyiannya, biarpun undangan dalam mana-mana persembahan di televisyen (TV) atau arus perdana sudah tidak diterima.
"Undangan secara 'mainstream' itu tiada, tapi kalau untuk majlis kawan-kawan masih ada. Walaupun kawan, mereka tahu dan faham saya bekerja dengan menyanyi, mereka bayar saya sebagai seorang penyanyi," jelasnya.
Pelbagai kisah sudah tertulis dalam buku catatan Nita sepanjang bergelar penyanyi selepas diangkat sebagai naib juara musim kedua program realiti, Malaysia Idol pada 2005.
Di sebalik cerita penuh warna-warni ketika mula mendaki tangga populariti, pasti ada terselit kisah menghambat em0si dan jiwanya.
Andai satu jalan tertutup, penyanyi yang pernah bernaung di bawah label Suria Records (SRC) itu tidak mengenal erti lelah dan putus asa kerana dia pasti mencari celah-celah lain untuk kembali lolos dan mencuba perkara baharu.
Penyanyi tinggi lampai itu juga difahamkan pernah tampil dengan single baharu berjudul 'Hadirlah Cinta' pada 2018 sebagai membuka lembaran baharu.
Selepas itu, episod sama berulang apabila single ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Allahyarham Iman Imran itu menjadi karya terakhir dendangannya.
Terdahulu, pada saingan peringkat akhir musim kedua Malaysian Idol 2 lalu, Nita bersaing dengan Daniel Lee. Selain, dia juga pernah merakamkan album berjudul Nita pada 2007 dengan memuatkan 10 lagu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment