Kumpulan Elite buat julung kali akan mengadakan konsert Elite Live 25 di Dewan Plenary Kuala Lumpur pada 20 September depan, selepas 30 tahun menggegarkan industri muzik.
Berhubung konsert itu, anggota kumpulan Elite, Linda Rafar memberitahu, pada mulanya mereka bimbang untuk menerima tawaran daripada penganjur Icon Entertainment kerana mengenangkan sudah lama tidak beraksi di atas pentas.
Menurutnya lagi, Elite akhirnya bersetuju mengadakan konsert buat kali pertama selepas mengambil kira sokongan p0sitif yang diterima daripada peminat.
"Sejujurnya kami gus@r memikirkan banyak perkara kerana Elite sudah lama tidak melakukan persembahan pentas, apatah lagi dalam konsert berskala besar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Linda berkata, mereka juga berharap dapat memberikan persembahan terbaik pada malam konsert, malah Elite kini dalam persediaan untuk menurunkan berat badan agar dapat menjaga stamina dengan baik.
"Saya harap semua perancangan kami berjalan lancar dan semoga persembahan kami nanti dapat menghiburkan peminat yang hadir. Buat masa sekarang, kami cuba untuk menurunkan berat badan supaya dapat mengekalkan stamina yang baik di atas pentas," ujarnya.
Sementara itu, pengasas Icon Entertainment iaitu Iman Tang menjelaskan, keputusan penganjuran konsert ini dibuat selepas persembahan Elite menerima sorakan luar biasa peminat di konsert genKRU pada Mei lalu, selain ingin meneruskan kecemerlangan untuk membawa kumpulan berkenaan ke pentas besar.
"Penganjuran Elite Live 25 ini akan menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini (Elite) tetapi industri muzik. Ia membuktikan karya-karya hebat yang dihasilkan pada tahun 90-an masih menjadi kegemaran ramai," tuturnya.
Selain Linda, Elite turut dianggotai oleh Abby Abadi, Sasha Saidin, Watie Sadali dan Azza Zawari.
Peminat boleh mendapatkan tiket mengikut kategori dengan harga bermula RM268 hingga RM1088.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment