24 June 2025

LETIH HADAP BENDA MENG4RUT - NORA ARIFFIN MOHON HENTIKAN CERITA PALSU TENTANG DIRINYA



"Tolong abaikan. Tolong hentikan. Alhamdulillah saya baik-baik sahaja," ujar penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52, dimana dia memberi am@ran kepada individu tidak bertanggungjawab untuk berhenti menyebarkan berita p@lsu mengenai dirinya.

Kata Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafiza Wan Ariffin, dakwaan dia mengalami mas@lah kesihatan dan dikejarkan ke hospital adalah tidak benar.

Nora yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di media sosial miliknya, turut memuat naik sebuah poster yang memaparkan foto dia dan suami iaitu Dr Rushdi Ramli.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada poster berkenaan, ia tertulis Rushdi memohon orang ramai untuk mendoakan Nora kerana telah dikejarkan ke hospital.

Kata Nora lagi, sudah banyak iklan palsu yang berkait dengan dirinya telah disebarkan di media sosial.

"Dah banyak kali keluar gambar iklan ini, meng@rut," tuturnya yang dalam masa sama men£gaskan semua iklan yang dikongsi itu adalah tidak benar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: